Man United makin hampir peroleh Joshua Zirkzee, ejen pemain bakal menang besar

Ammar Hakim
July 8, 2024 09:46 MYT
Manchester United telah memaklumkan kepada Bologna tentang hasrat mereka untuk mencetuskan klausa pelepasan Joshua Zirkzee bernilai EURO40 juta (RM204 juta).
United telah dilaporkan telah memperoleh kemajuan dalam usaha mendapatkan penyerang sasaran mereka. Satu perkara penting dalam perjanjian itu ialah tuntutan ejen Zirkzee, Kia Joorabchian, yang mahukan bayaran EURO12 juta (RM61 juta) sebagai broker perjanjian itu.
Menurut The Athletic, United telah bersetuju untuk membayar Joorabchian dan kemudiannya telah mencapai persetujuan dengan Zirkzee atas syarat peribadi.
Wartawan Fabrizio Romano melaporkan tidak lama selepas itu United telah memaklumkan Bologna mengenai perjanjian dengan kedua-dua pemain dan ejen, dengan langkah seterusnya sama ada mencetuskan klausa pelepasan Zirkzee atau merundingkan struktur perjanjian yang berbeza dengan kelab.
Bagaimanapun, rakan wartawan Itali Gianluca Di Marzio beberapa minit kemudian melaporkan bahawa United akan memintas sebarang rundingan dengan Bologna untuk membayar klausa pelepasan.
Apa yang tinggal sekarang adalah untuk Zirkzee, yang masih berada di Euro 2024 bersama Belanda, untuk menjalani ujian perubatan dan menjadi pemain utama pertama musim panas di Old Trafford.
Perjanjian boleh diselesaikan dalam beberapa hari.
#Manchester United #Bologna #Belanda #Joshua Zirkzee #Euro 2024