Man United atasi Rangers, Leny Yoro beri ilham terbaru

Najmi Iman
July 21, 2024 09:09 MYT
Juara Piala FA, Manchester United, mengutip kemenangan pertama dalam perlawanan persahabatan pra musim bertemu Rangers di Stadium Murrayfield, Edinburgh, malam tadi.
Pemain kebangsaan Ivory Coast, Amad Diallo, terlebih dahulu membuka jaringan selepas menerima hantaran daripada bekas pemain Chelsea, Mason Mount, sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Rangers.
Anak-anak buah Erik ten Hag menggandakan kelebihan menerusi pemain akademi, Joe Hugill, untuk mendahului selesa 2-0 pada minit ke-70 sekali gus melupakan kekalahan lalu ketika berdepan Rosenborg pada Selasa.

A good afternoon's work in Scotland ✅#MUFC pic.twitter.com/5PYVrycQVI

— Manchester United (@ManUtd) July 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam aksi tersebut, pemain terbaru, Leny Yoro, mencuri tumpuan apabila mempamerkan persembahan memukau memastikan barisan pertahanan The Red Devils kekal kebal demi mengelakkan sebarang gol bolos berlaku.

Pace + strength = solid @Leny_Yoro defending ? Watch live on #MUTV ⬇️#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) July 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #EPL #Erik ten Hag #Leny Yoro