Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne, hanya mempunyai baki kontrak bersama pasukan itu selama satu musim sahaja lagi.

Manakala, penjaga gol utamanya, Ederson Santana, sedang dipancing oleh beberapa kelab dan telah dikaitkan dengan perpindahan keluar.

Namun, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah pasti sedang mengesan pemain-pemain baru untuk dibawa masuk sekali gus mengekalkan misi mempertahankan gelaran mereka sekali lagi.

“Saya juga seorang bekas pemain jadi, saya faham setiap pemain perlu membuat keputusan samaada mereka ingin terus berada di sini atau melangkah pergi.

“Pengarah teknikal, Txiki Begiristain, berkata bahawa pihak pengurusan sedang merangka pelan mengenai perancangan musim depan, saya tidak pasti apa yang akan terjadi,” kata jurulatih berbangsa Sepanyol itu.