Esok merupakan tarikh akhir buat Kedah Darul Aman FC untuk menyelesaikan 50 peratus daripada keseluruhan tunggakan gaji pemain dan pegawainya musim lalu.

Selepas gagal melakukannya pada tarikh pertama 15 Mac lalu, Sang kenari hanya memiliki talian hayat terakhir untuk menyelesaikan pembayaran itu pada tarikh kedua esok.

Sebelum ini, badan bebas, First Instance Body (FIB) pada tarikh pertama lalu memaklumkan bahawa KDA FC telah menyerahkan bukti pembayaran sejumlah RM600,000 sebagai bayaran sebahagian tunggakan gaji semasa tetapi ia tidak mematuhi bayaran 50 peratus daripada jumlah tunggakan gaji seperti ditetapkan FIB.

Ikuti Nadi Arena bagi perkembangan terkini isu ini.