Madrid hampiri gelaran LaLiga walaupun Benzema terlepas dua gol penalti

Muzaffar Musa
April 21, 2022 00:07 MYT
OSASUNA 1 REAL MADRID 3
Real Madrid selangkah menghampiri kejuaraan LaLiga musim ini selepas menewaskan Osasuna 3-1 walaupun Karim Benzema gagal menyudahkan dua sepakan penalti di Estadio El Sadar awal pagi tadi.
Madrid memerlukan kebangkitan luar biasa ketika menewaskan Sevilla 3-2 hujung minggu lalu tetapi kali ini, mereka hanya memerlukan 12 minit untuk membuka jaringan menerusi penyudah David Alaba.
Bagaimanapun, Osasuna segera memberikan respons untuk Ante Budimir kembali mengikat kedudukan berselang seminit.
Marco Asensio kemudian kembali meletakkan Madrid di depan pada minit terakhir babak pertama sebelum Benzema gagal menyudahkan dua sepakan penalti dalam babak berikutnya.
Susulan insiden bola terkena tangan Chimy Avila, Benzema tampil untuk mengambil sepakan penalti tetapi percubaannya diselamatkan penjaga gol, Sergio Herrera, pada minit ke-52.
Tujuh minit berselang, Madrid memperoleh satu lagi sepakan penalti apabila Rodrygo dijatuhkan Nacho Vidal tetapi Benzema sekali lagi dikecewakan Herrera.
Vinicius Junior kemudian memulakan satu gerakan serangan balas pantas sebelum mengumpan bola yang disudahkan Lucas Vazquez dalam waktu kecederaan bagi mengesahkan kemenangan Madrid.
Kemenangan itu memastikan Madrid kini berkelebihan 17 mata di depan pencabar terdekat, Atletico Madrid.
Madrid seterusnya akan bertandang ke laman Manchester City bagi perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah (UCL) awal pagi Rabu depan sebelum menantikan kunjungan Espanyol hujung minggu yang sama.

2 - Sergio Herrera ?? is the first goalkeeper to save two penalties in the same LaLiga game since Sergio Asenjo ?? against Getafe in February 2018 and is also the first to do so in a match against Real Madrid in the competition since 2003/04. Heroic. pic.twitter.com/ttAcuvThGI

— OptaJose (@OptaJose) April 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Real Madrid #Karim Benzema #Osasuna #LaLiga