Penolong jurulatih skuad bola sepak wanita SSM Pahang, Zerry Nazeri, tidak meluahkan sebarang rungutan rentetan kekalahan 0-4 kepada Malaysian University dalam perlawanan kedua minggu lalu.

Sebaliknya, Zerry menjadikan keputusan itu sebagai pengajaran berguna buat anak-anak buahnya menjelang SUKMA Sarawak, bulan depan.

Keputusan pada Ahad menyaksikan kekalahan pertama SSM Pahang selepas berjaya membuka kempen kejohanan dengan langkah kanan menerusi kemenangan 3-0 ke atas Real CJ dari Pulau Pinang.

"Kami harus banyak mengulang kaji memperbetulkan kesilapan sebelum perlawanan seterusnya selain mahu mengelakkan kecederaan yang berlaku sambil mempersiapkan skuad ke SUKMA Sarawak," katanya.