Sabah menduduki tangga kedua selepas minggu kedua saingan Liga Wanita Nasional 2024 (LWN) sambil berkongsi mata dengan pendahulu, Kelanan United.

Ketua jurulatih, Justin Ganai, mengganggap anak-anak buahnya belum mempamerkan kekuatan sebenar selain berharap tiada sebarang kecederaan berlaku bagi menghadapi baki perlawanan selepas ini.

Menjelang aksi panas bertemu pasukan handalan yang dianggotai oleh pemain kebangsaan, Intan Sarah dan Steffi Sarge Kaur, pengurus pasukan, Arziz Afizy Rumsani, menuntut semua pemain kekal fokus untuk membentuk skuad yang seimbang dan tidak mahu bergantung kepada kebolehan individu semata-mata.

Aspek pertahanan harus diberi perhatian kerana melepaskan tiga jaringan bolos sekali gus, memberikan tekanan buat pasukan Sabah untuk memperbaiki kesilapan tersebut secara drastik.

Kendatipun begitu, Sabah tetap optimis bagi membawa misi sebagai juara bertahan tatkala ingin mengekalkan gelaran tersebut sebagai pasukan wanita terkuat di Malaysia.