LWN: Fatin Alissa optimis kemenangan sulung mampu jadi suntikan semangat

Saufi Tahir
July 8, 2024 18:15 MYT
Kapten Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Fatin Alissa, mempercayai kemenangan sulung yang diraih ketika menewaskan Real CJ 3-0 dalam aksi pembukaan mampu menjadi suntikan semangat untuk mengharungi perlawanan seterusnya.
Meskipun meraih kemenangan, Fatin mengakui masih banyak ruang kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan kedua bertemu Malaysian University pada 14 Julai depan.
Untuk rekod, musim lalu skuad kendalian Mohd Zerry Nazeri itu menamatkan saingan Liga Wanita Nasional (LWN) di kedudukan empat terbaik.
"Pada awalnya sedikit gugup tetapi selepas lima minit pertama saya melihat rakan sepasukan saya sudah bermain dengan baik.
"Kami melakukan dengan baik dalam perlawanan pertama dan kami akaj cuba perbaiki akan kesilapan yang kami lakukan dan akan cari tiga mata dalam perlawanan seterusnya." katanya kepada Nadi Arena.
#bola sepak #Liga Wanita Nasional #Fatin Alissa