LWN 2024: Steffi Sidhu pasang misi peribadi

Ammar Hakim
July 2, 2024 10:41 MYT
Menjelang saingan Liga Wanita Nasional yang bermula, pemain Kelana United, Steffi Sidhu, ada sasaran besar bermula daripada penampilan keduanya di LWN 2024
Steffi tidak menafikan LWN bakal jadi batu loncatan untuk dia mengintai slot skuad kebangsaan menerusi sasaran peribadinya memastikan penampilan kali terakhir di Sukan SEA Thailand 2025 nanti.
LWN penting buat Steffi, dan kapten kebangsaan itu menyifatkan penambahan dua pasukan menjadikan jumlah keseluruhan lapan pasukan adalah petanda, sambutan di tahun ketiga penganjuran lebih baik dan mula mendapat perhatian.
Steffi menjangkakan perebutan juara lebih menarik, selain penglibatan ramai pemain berstatus kebangsaan menjadikan kualiti liga lebih baik.
#bola sepak #LWN 2024