Luqman Hakim bantu YSCC Yokohama ikat Matsumoto Yamaga

Muzaffar Musa
March 9, 2024 08:28 MYT
Penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin, melakukan penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama YSCC Yokohama ketika membantu pasukan itu mengikat Matsumoto Yamaga 1-1 dalam perlawanan Liga J3 di Stadium Matsumoto hari ini.
Selepas beraksi selama 20 minit ketika melakukan penampilan pertama selaku pemain gantian ketika menewaskan Koki Matsumura 1-0 beberapa hari lalu, pemain berusia 22 tahun itu kali ini terus mempamerkan aksi rajin dan bertenaga sebelum dikeluarkan pada minit ke-57.
Bahkan, Luqman Hakim turut terlibat ketika YSCC memperoleh gol pendahuluan hasil jaringan Ryotaro Yamamoto pada minit ke-49.
Bagaimanapun, Hayato Asakawa kemudian menyamakan kedudukan buat Yamaga menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.
#Luqman Hakim Shamsudin #YSCC Yokohama #Liga J3