Pemain antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku, disahkan tidak cergas sepenuhnya dan hampir pasti telepas peluang untuk beraksi menentang Bosnia-Herzegovina dalam kelayakan Piala Dunia, Ahad ini.
Bagaimanapun, jurulatihnya, Roberto Martinez, berharap penyerang Manchester United itu akan pulih sebelum menentang Cyprus pada Rabu depan.
Dia mendapat keputusan positif daripada ujian pada kecederaan buku lalinya minggu ini tetapi masih belum dapat menyertai latihan penuh bersama skuad.
Belgium sudah yakin akan menjuarai Kumpulan H, bermakna mereka tidak perlu meletakkan risiko dengan mempertaruhkan Lukaku, dengan Martinez boleh merehatkannya dalam aksi menentang Bosnia-Herzegovina.
Bagaimanapun, Lukaku -- yang sudah mengumpul 11 gol di peringkat kelab musim ini --- dijangka menyertai skuad untuk menentang Cyprus di gelanggang sendiri.
"Pada masa ini, Lukaku berlatih berasingan," kata Martinez kepada wartawan.
"Dia belum menyertai pasukan sejak tiba. Kami perlu bersabar sedikit.
"Saya akan mengatakan dia tidak pasti dapat beraksi Ahad ini. Kami akan membuat keputusan pada Sabtu tetapi ia agak sukar untuk dia menyertai perlawanan itu.
"Tetapi kami masih berharap dia akan terlibat pada Rabu (menentang Cyprus)."
Lukaku, bagaimanapun, tidak berputus asa berjuang mencari kecergasaan untuk beraksi di Sarajevo.
Tambah Martinez: "Dia mahu bermain, dia mengalami sedikit kesakitan di buku lali. Adalah penting untuk dia pulih sepenuhnya kerana ini adalah musim yang sibuk."
Lukaku menjadi kunci kepada Belgium untuk melayakkan diri ke Russia tahun depan selepas menjaringkan 10 gol dalam tujuh penampilan.
Sementara itu, pemain Portugal, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 14 gol dan penyerang Poland, Robert Lewandowski, mengumpul 12 gol dalam kempen kelayakan UEFA.
Penulis Jemputan
Wed Oct 04 2017
Romelu Lukaku antara lima pemain Belgium dilepaskan pulang
Romelu Lukaku menyertai empat pemain lain untuk menarik diri daripada skuad Belgium ekoran kecederaan menjelang aksi terakhir Liga Negara-Negara UEFA berdepan Israel.
Serie A: Kecemerlangan Lukaku kekalkan Napoli di puncak
Romelu Lukaku meneruskan permulaan cemerlangnya di Napoli apabila pemain kebangsaan Belgium itu menghasilkan satu gol dan dua bantuan jaringan ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Como di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi tadi.
Serie A: Dia layak terima pujian -- Antonio Conte terhadap Romelu Lukaku
Ketua jurulatih Napoli, Antonio Conte, memuji persembahan bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku, selepas menjaringkan gol dan membuat dua bantuan jaringan sekali gus membantu skuadnya meraih kemenangan 4-0 menewaskan Cagliari, awal pagi tadi.
Serie A: Lukaku lengkapkan perpindahan ke Napoli
Romelu Lukaku menamatkan tempoh kedua bersama Chelsea dengan perpindahan menyertai Napoli, perkara itu telah disahkan semalam.
Penyokong Juventus ceroboh padang bantah perpindahan Romelu Lukaku
Perlawanan latihan Juventus menentang Juventus Next Gen terhenti Rabu lalu ekoran pencerobohan padang yang menyaksikan penyokong membantah kemungkinan perpindahan untuk penyerang Chelsea, Romelu Lukaku.
‘Selamat tinggal, pengkhianat’
Dalam dunia perpindahan bola sepak yang serba dinamik, elemen kesetiaan dan komitmen sering kali menjadi ciri-ciri yang didambakan penyokong terhadap pemain kesayangan mereka. Kedua-dua elemen ini kini menjadi satu tanda tanya besar buat pemain yang bernama Romelu Lukaku.
Inter Milan tawar hati Romelu Lukaku main tarik tali
Inter Milan dilaporkan berang dengan tindak-tanduk Romelu Lukaku yang cuba bermain tarik tali untuk memuktamadkan masa depannya bersama jaguh Serie A itu.
Lukaku sedia terima potongan gaji untuk pindah ke Inter secara tetap
Penyerang Chelsea Romelu Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter Milan musim lalu, dilaporkan bersedia untuk mengambil potongan gaji sebanyak GBP1 juta untuk perpindahan tetap ke kelab Itali itu, lapor Telegraph.
Romelu Lukaku akhiri penantian 253 hari Serie A
Romelu Lukaku berterima kasih kepada penyokong dan kakitangan kecergasan Inter selepas menamatkan kemarau jaringan menerusi permainan terbuka Serie A dengan mencetak dua gol dalam kemenangan 3-0 di Empoli, awal pagi tadi.
Serie A: Juventus dihukum akibat 'dera' Romelu Lukaku
Juventus diarah menutup sebahagian daripada tempat duduk penyokong selepas mereka dijatuhi hukuman itu gara-gara tindakan penyokong mereka menghina penyerang Inter, Romelu Lukaku.
NBA: Magic match franchise record with 25-point comeback in win over Heat
Magic rally from 25 down, beat Heat
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win
'For us, it's on!' - Arteta backs Arsenal in title challenge
Arteta: Title challenge is on
Leverkusen 5-1 Freiburg: Schick scores four as hosts go goal crazy
Report: Leverkusen 5-1 Freiburg
Crystal Palace 1-5 Arsenal: Christmas comes early for Jesus in Selhurst Park rout
Report: Crystal Palace 1-5 Arsenal
Genoa 1-2 Napoli: Anguissa and Rrahmani lift Conte's side to Serie A summit
Report: Genoa 1-2 Napoli