Luciano Spalletti mahu pendekatan 'moden' dari Itali
Ammar Hakim
March 21, 2024 09:57 MYT
March 21, 2024 09:57 MYT
Jurulatih Itali, Luciano Spalletti, mahu pasukannya untuk menerima pendekatan yang lebih 'moden' ketika dia cuba mencipta kejutan menjelang Euro 2024.
The Azzurri berdepan Venezuela di Fort Lauderdale, sebelum berkunjung ke New Jersey untuk bertemu Ecuador, dan Spalletti menjanjikan gaya permainan yang lebih progresif untuk mempertahan Kejuaraan Eropah.
Dia memperkenalkan tiga pertahanan tengah dan dua pemain yang bertindak sebagai pemain sokongan terhadap penyerang tengah utama malah menjelaskan dia mahu menghasilkan corak permainan yang lebih dinamik daripada yang kebiasaan yang ditampilkan Itali.
“Kami memerlukan corak permainan yang lebih moden,” katanya.
?Miami ?? #Nazionale ?? #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/5WUB3xnl6k
— Nazionale Italiana ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri) March 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Terdapat sikap keterbukaan dalam kalangan pemain kerana gaya permainan yang mahu diterapkan ini membenarkan mereka untuk menambah baik cara mentafsir pelbagai sistem dalam sesebuah perlawanan.
“Sebelum ini kami mempunyai sedikit masa dan kami hanya fokus pada satu sistem. Walaupun kami kalah, saya berkata kami akan kekal dalam sistem itu, tetapi kini ada lebih banyak masa untuk melakukan sesuatu yang berbeza.
“Kami akan memberi perhatian jepada dua perlawanan persahabatan ini. Sebagai pasukan Itali, kami perlu mencipta sesuatu yang baharu, sesuatu yang kuat, dan kami sentiasa mengambil sesuatu daripada ujian seperti ini.”