Lucas Moura bakal meninggalkan Tottenham di penghujung musim ini.
Penyerang Brazil itu bergelut dengan kecergasan dan mengharungi kempen ini tanpa sebarang gol dalam 17 penampilan.
Moura terlepas sebahagian besar pusingan pertama kempen ini akibat kecederaan tendon dan sejak kepulangannya selepas Piala Dunia di Qatar, dia berdepan beberapa detik sukar bersama Spurs termasuk dibuang padang ketika seri 1-1 di Everton sebelum kesilapannya bulan lalu mengakibatkan Liverpool menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.
Boleh dikatakan detik terbaiknya menyarung jersi Spurs adalah ketika merakamkan hatrik di Ajax pada 2019 yang membawa Tottenham mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) pertama secara dramatik.
Spurs mengesahkan penggal ini akan menjadi musim terakhir Moura dan dia berkesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong setia di Stadium Tottenham Hotspur bertemu Brentford, Sabtu ini.
“Di mana sahaja saya berada, hati saya akan sentiasa di sini. Anda adalah kelab saya,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi Tottenham.
“Ia merupakan satu penghormatan terbesar untuk mempertahankan lencana ini dalam setiap gelecekan, setiap terjahan, setiap lompatan, setiap gol.
“Dari yang paling tinggi hingga yang paling rendah, dari awal hingga akhir, anda melaungkan nama saya. Ini merupakan impian saya.
“Ini akan sentiasa menjadi kampung halam saya. Kami pernah mengharungi beberapa malam yang tidak akan kami lupakan, melakar sejarah bersama-sama.
"Saya akan sentiasa sayang anda walau ke mana saya pergi. Kita akan berjumpa lagi.”
Shaiful Shamsudin
Fri May 19 2023


EPL: Mikel Arteta kecewa Arsenal gagal curi peluang benam Spurs
Mikel Arteta meratapi kegagalan Arsenal meraih tiga mata susulan terikat 2-2 ketika bertemu Tottenham Hotspur 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates semalam.

EPL: Dua gol Son Heung-min bantu Spurs ikat Arsenal
Son Heung-min menjaringkan dua gol penyamaan ketika Tottenham mengikat Arsenal 2-2 dalam aksi derby London utara saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.

Postecoglou: Saya tidak perlu tiru Arteta
Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou, menyatakan kekaguman tinggi terhadap Mikel Arteta tetapi gagal melihat banyak persamaan di antara mereka.

Ivan Perisic alami masalah lutut serius
Penyerang Tottenham, Ivan Perisic, perlu bersedia untuk tempoh yang lama di luar padang selepas mengalami kecederaan lutut yang serius ketika berlatih.

Son Heung-min tidak sabar uji rakan sepasukan baru Tottenham
Kapten Tottenham, Son Heung-min, dia tidak sabar-sabar lagi untuk berdepan rakan sepasukannya, Brennan Johnson, yang dibeli dengan harga £47.5 juta (RM277.7j) pada musim panas lalu.

Tottenham jangka James Maddison hadapi Bournemouth
Tottenham bersedia untuk memastikan James Maddison cergas untuk bertandang ke Bournemouth malam ini tetapi pengurus, Ange Postecoglou, memberi amaran pemain di bangku simpanan agar sedia mengambil kesempatan.

Excelsior Rotterdam pentas gilap sentuhan bintang muda Tottenham
Tottenham membenarkan penyerang muda, Troy Parrott, menyertai Excelsior Rotterdam secara pinjaman sepanjang musim ini.

James Ward-Prowse mampu jadi watak penting West Ham
West Ham mungkin bertambah mantap sebagai sebuah unit berikutan penjualan Declan Rice sementara James Ward-Prowse mengambil tempat pemain tengah itu, menurut Harry Redknapp.

Dejan Kulusevski: Tottenham mampu menang dengan gaya menarik
Dejan Kulusevski percaya corak permainan menghiburkan yang diterapkan Ange Postecoglou mampu membawa lebih banyak keputusan hebat selepas kemenangan bergaya Tottenham ke atas Manchester United, semalam.

Penyudah jadi pemisah Manchester United-Tottenham, kata Erik ten Hag
Erik ten Hag meluahkan kekecewaannya berikutan Manchester United tumbang 0-2 di Tottenham sambil menegaskan persembahan longlai mereka di depan gawang membuktikan mengapa Rasmus Hojlund dipancing.

Sheffield United postpone Women’s Championship game after death of Maddy Cusack
United were due to face Crystal Palace on Saturday.

Leicester still have Premier League quality – Liverpool assistant Pep Lijnders
The Championship leaders, relegated last season, visit Anfield for a Carabao Cup third-round tie.

Bukayo Saka an injury concern for Arsenal’s trip to Bournemouth
The England winger limped off late in the north London derby to be replaced by Emile Smith Rowe.

Mauricio Pochettino fine with Blues owners visiting dressing room ‘in good way’
The Argentinian has repeatedly insisted his relationship with the Chelsea ownership remains strong despite a rocky start to his reign.

Under-pressure Napoli boss Rudi Garcia misses pre-match duties against Udinese
The Partenopei welcome Udinese to the Stadio Diego Armando Maradona with criticism mounting.

Claudio Ranieri wants Cagliari to play without fear against AC Milan
Defeat at Atalanta on Sunday was a third in five league games for Ranieri’s side, who sit second bottom of the table.

England win ODI series against Ireland after play is abandoned at Bristol
Ben Duckett had scored a century and Phil Salt 61 off just 28 balls before rain stopped play.

From Elie to Nice – Johnny Matthews buzzing after joining Scotland squad
The 30-year-old was enjoying a day out in the Fife coastal town of Elie when assistant coach John Dalziel phoned to tell him his services were needed.

Duncan Ferguson relishing return to Scottish football after almost three decades
Stirling-born Ferguson has signed a three-year contract with Caley Thistle, returning to his homeland 29 years after leaving Ibrox for Everton,

‘Upset and angry’ Real Madrid look to get back on track after derby defeat
Real host Las Palmas on Wednesday.