Liverpool masih boleh jadi lebih bagus, kata Shaqiri

Muzaffar Musa
April 12, 2020 12:07 MYT
Xherdan Shaqiri percaya Liverpool berpotensi untuk menjadi lebih bagus selepas menikmati tahun menakjubkan pada 2019 termasuk dengan memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah di Madrid.
The Reds dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali keenam hasil kemenangan 2-0 ke atas seteru domestik, Tottenham Hotspur, dan kejayaan itu sedikit mengubati kekecewaan mereka selepas tewas tipis kepada Manchester City dalam perebutan trofi Liga Perdana Inggeris.
Ia merupakan kejuaraan Liga Juara-Juara kedua buat Shaqiri selepas memperoleh kejayaan sama bersama Bayern Munich selain ia turut menebus kekecewaan tewas kepada Real Madrid dalam final edisi sebelumnya.
Dalam satu temu bual bersama laman web rasmi kelab itu, pemain kebangsaan Switzerland berkenaan menggambarkan kejayaan skuad kendalian Jurgen Klopp itu musim lalu.
"Ia tahun yang luar biasa buat kami. Amat rugi kerana kami tidak memenangi kejuaraan liga tetapi ia amat hebat untuk sekali lagi memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool.
"Ia merupakan kejayaan kedua buat saya. Anda tidak akan lupa perasaan seperti itu, trofi yang anda menangi bersama pasukan ini.
"Dan untuk meraikannya bersama pasukan, selepas sekian lama, mereka dapat meraikan sesuatu yang besar di bandar kami. Ia amat luar biasa.
"Potensi pasukan ini mata besar. Saya fikir kami boleh pergi sejauh mungkin.
"Tetapi kami perlu kekal di bumi yang nyata dan berada di tahap tertinggi untuk menjadi amat-amat berjaya," katanya.

We must all play our part this Easter weekend. #StayHome, #ProtectTheNHS and Save Lives✊#StayHomeSaveLives pic.twitter.com/hacTJBlQFe

— Liverpool FC (at ?) (@LFC) April 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #Xherdan Shaqiri #Liga Juara-Juara Eropah
;