Liverpool buat Wolves gigit jari

Shaiful Shamsudin
September 16, 2023 14:30 MYT
WOLVES 1 LIVERPOOL 3
Anak buah Jurgen Klopp mengelak kekalahan dengan mempamerkan persembahan jitu untuk kemenangan lewat 3-1 Liverpool ke atas Wolves, sebentar tadi.
Jaringan sendiri Andrew Robertson dan Hugo Bueno menyaksikan The Reds pulang dari Molineux dengan kemenangan.
Namun, bayangan kemenangan pelawat tidak kunjung tiba dalam separuh masa pertama dalam rencana pengurus Wolves, Gary O’Neil, cuba mengotakan janjinya untuk menyekat The Reds.
Usaha itu berhasil apabila Hwang Hee-Chan meletakkan tuan rumah di depan selepas mendominasi seawal minit ke-7 dan hanya penyudah mengecewakan Matheus Cunha menghalang mereka daripada menggandakan kedudukan.

A BIG win on the road ✊ pic.twitter.com/VlWgBJSGGy

— Liverpool FC (@LFC) September 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liverpool mula memperkemaskan permainan dalam babak seterusnya dan menemui jaringan penyamaan menerusi Cody Gakpo dan perlu mematahkan asakan Wolves berbaki empat minit kemenangan sebelum menyempurnakan kebangkitan ketiga musim ini itu.
Robertson menebus kesilapan awalnya dengan menjadikan kedudukan 2-1 selepas menyambut Mohamad Salah disusuli gol sendiri Bueno -- seminit memasuki masa kecederaan.
#Liverpool #Wolves #EPL