Shaiful Shamsudin
Wed Mar 22 2023

Lionel Messi sendiri yang akan memutuskan sejauh mana karier antarabangsanya bersama Argentina sambil ketua jurulatih, Lionel Scaloni, berharap ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu memainkan peranan utama ketika skuad La Albiceleste berkenaan menamatkan penantian selama 36 tahun untuk menjulang Piala Dunia buat kali ketiga pada Disember lalu.
Messi memadam ramalan awal bahawa dia sudah bersedia untuk bersara sejurus kejayaan final penentuan penalti ke atas Perancis.
Anak buah Scaloni akan mengharungi perlawanan persahabatan menentang Panama, pagi esok, dengan Messi dan rakan sepasukannya akan menerima satu lagi sambutan sebagai wira.
Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini mendedahkan dia tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026 tetapi Scaloni tidak pasti bilakah dia akan mengundurkan diri dari pentas antarabangsa.
"Messi akan terus melaporkan diri sehinggalah dia sendiri yang berkata sebaliknya. Saya lihat dia gembira di atas padang dan dalam kalangan pemain yang dipanggil," jelas ketua jurulatih itu dalam sidang akhbar malam tadi.
"Leo kelihatan dalam keadaan baik. Dia berhak mendapat semua kasih sayang itu. Dia dan semua pemain yang berada di sini layak untuk keluar dan diraikan peminat sekalipun mereka tidak mampu memenanginya.
"Leo, walaupun dia adalah yang terbaik, dia juga perlu melihat bahawa penyokong menyayanginya. Ini adalah sesuatu yang akan kekal bersamanya selama-lamanya."
Argentina merupakan juara bertahan Amerika Selatan dan dunia tetapi Scaloni memberi amaran kepada pemainnya bahawa mereka tidak boleh mengendurkan tahap permainan mereka ketika ini memandangkan mereka mempunyai misi untuk dilaksanakan.
“Kami adalah juara dunia, tetapi itu bukan jaminan bahawa kami berhak untuk menikmati lebih banyak kejayaan lagi. ” katanya.
“Hanya kerana kami menang, kami tidak boleh melakukan semahunya."

Lionel Messi pecah rekod gol liga Cristiano Ronaldo
Lionel Messi menegaskan bahawa dia tidak begitu memikirkan soal jaringan ketika mengumpul gol terbanyak dalam lima liga terbaik Eropah selepas bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menemui sentuhan pemusnah dalam pertembungan Ligue 1 dengan Strasbourg, awal pagi tadi.

Ligue 1: Messi diejek, Mbappe jaring dua gol, PSG kian hampir pertahan gelaran
Dua gol Kylian Mbappe membantu Paris Saint-Germain (PSG) menghampiri gelaran Ligue 1 musim ini dengan membelasah Ajaccio 5-0 awal pagi tadi, pada ketika Lionel Messi kembali beraksi selepas digantung kelab itu.

Lionel Messi kembali ke sesi latihan PSG
Lionel Messi kembali menjalani latihan bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas digantung kerana pergi ke Arab Saudi tanpa kebenaran.

Penggantungan Messi bukan keputusan saya -- Christophe Galtier
Jurulatih Paris Saint-Germain, Christophe Galtier, berusaha untuk mengalihkan persoalan mengenai penggantungan Lionel Messi oleh kelab Perancis itu, menegaskan keputusan itu bukan miliknya.

Lionel Messi mohon maaf kepada PSG
Lionel Messi telah memohon maaf secara terbuka kepada Paris Saint Germain berikutan perjalanan tanpa kebenarannya ke Arab Saudi awal minggu ini.

Messi sedang pertimbang pilihan tamat kontrak bersama PSG
Lionel Messi dilaporkan sedang mempertimbangkan pilihan untuk menamatkan kontraknya di PSG dalam tempoh 10 hari akan datang.

Ligue 1: PSG gantung Lionel Messi dua minggu kerana ke Arab Saudi tanpa kebenaran
Lionel Messi digantung selama dua minggu oleh Paris Saint-Germain (PSG) gara-gara berkunjung ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab itu, demikian dilaporkan media-media antarabangsa.

Barcelona bincang kelibat Messi selepas tawan LaLiga -- Xavi
Pengurus Barcelona, Xavi, berasa bingung ketika diajukan soalan mengenai Lionel Messi dan Bruce Springsteen malam tadi tetapi berkata kelab itu akan membincangkan mengenai masa depan Messi sebaik sahaja mengesahkan kejuaraan.

Presiden Atletico mahu lihat Messi, Ronaldo kembali ke LaLiga
Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo, mahu melihat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kembali ke saingan LaLiga sebelum kedua-dua pemain legenda itu bersara.

PSG sedia lepaskan Lionel Messi
Masa depan Lionel Messi di peringkat kelab masih samar berikutan kontraknya di Paris Saint-Germain (PSG) berakhir hujung musim ini.

Matrika heading to Ascot after making light work of Curragh debut
Albany looks to be the target for smart O’Brien filly.

Dan Evans crashes out of French Open in first round
Evans lost 6-4 6-4 6-4 to leave two British players in the singles main draws.

Tatum on White's buzzer-beater: 'That s*** was crazy!'
Derrick White had tears in his eyes after he clinched a 104-103 win for the Boston Celtics in Game 6 of the Eastern Conference finals.

Ange Postecoglou knows all about the expectation at Celtic
The champions turn their attentions to landing the Scottish Cup.

Passenger will be supplemented for the Derby, says Stoute
Lightly-raced Ulysses colt looked an unlucky loser in the Dante.

Darren Moore wants Wednesday to embrace the moment in Wembley showdown
The Owls take on Barnsley with a place in the Sky Bet Championship the prize for the winner.

Bucks tab ex-Raptors assistant Griffin as next head coach
Adrian Griffin, the former Toronto Raptors assistant, is set to become the head coach of the Milwaukee Bucks.

White's last-second putback forces Game 7 as Celtics win again
The Boston Celtics are one win away from making NBA history after beating the Miami Heat to take the Eastern Conference finals to Game 7.

Marta Kostyuk booed for not shaking Aryna Sabalenka’s hand in French Open defeat
Ukrainian Kostyuk attracted the ire of the Roland Garros crowd following a 6-3 6-2 victory for Sabalenka.

Two men charged after Just Stop Oil protest at Gallagher Premiership final
The duo invaded the pitch midway through the first half of the match between Saracens and Sale, throwing orange paint powder on to the field.