ARGENTINA 2 PANAMA 0

Lionel Messi mencapai tahap terbaru dalam kariernya yang penuh gemilang dengan melakar gol ke-800 menerusi sepakan percuma yang menakjubkan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Argentina ke atas Panama, pagi tadi.


Penyandang juara Piala Dunia itu kembali ke Buenos Aires di mana mereka menerima sambutan gemuruh daripada penyokong setia mereka, tetapi mereka perlu menunggu hingga saat-saat akhir untuk menyaksikan ketua pasukan kesayangan mereka tersebut merakam sejarah.

Sepakan percuma Messi dalam separuh masa pertama terlebih dahulu terkena palang dengan dan selepas sepakan percuma keduanya ditampan penjaga gol Panama, Jose Guerra, percubaannya sekali lagi menerjah tiang melalui sepakan percuma ketiga, tetapi kali ini Thiago Almada berada di kedudukan tepat untuk membuka akaun jaringan permainan.

Tetapi sepakan percuma keempatnya akhirnya melencong ke penjuru kanan atas, sekali gus menggamatkan stadium.



Penyudahnya daripada hantaran lintang Kylian Mbappe ketika bertemu Marseille pada 26 Februari lalu merupakan gol kelab ke-700 dalam karier Messi, tetapi dia perlu menunggu lama untuk jaringan seterusnya di peringkat kelab mahupun negara dengan melakukannya ke atas Panama,

Kehebatan Messi dalam pertembungan di El Monumental itu merupakan jaringan yang ke-99 di pentas antarabangsa yang hanya diatasi pencabar utamanya, Cristiano Ronaldo (120) dan legenda Iran, Ali Daei (109).