Lionel Messi digantung selama dua minggu oleh Paris Saint-Germain (PSG) gara-gara berkunjung ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab itu, demikian dilaporkan media-media antarabangsa.

Messi dikatakan berkunjung ke negara itu selepas kekalahan PSG kepada Lorient di laman sendiri hujung minggu lalu tanpa mendapatkan kebenaran.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang merupakan duta pelancongan Arab Saudi, dijangka akan terlepas perlawanan menentang Troyes hujung minggu ini dan aksi menentang AC Ajaccio pada 13 Mei depan.

Dia juga dilaporkan tidak akan berlatih bersama kelab itu dan tidak akan menerima pendapatan sepanjang tempoh berkenaan.

Messi beraksi selama 90 minit ketika tewas 1-3 kepada Lorient, yang menyaksikan kelebihan PSG ke atas Marseille di puncak Ligue 1 menyusut kepada lima mata.

Bekas kapten Argentina itu kini telah menjaringkan 24 gol buat kelab berkenaan sepanjang musim ini.