Ligue 1: Patrick Vieira hanya bertahan setahun di Strasbourg
Muzaffar Musa
July 19, 2024 09:59 MYT
July 19, 2024 09:59 MYT
Strasbourg mengumumkan berpisah dengan ketua jurulatih mereka, Patrick Vieira, secara persetujuan bersama awal pagi tadi.
Vieira hanya dapat mengendalikan pasukan Ligue 1 itu selama semusim biarpun mengikat kontrak selama tiga tahun di Stade de la Meinau pada Julai tahun lalu.
Musim 2023-24 lalu merupakan satu peralihan buat Le Racing, yang menamatkan liga divisyen utama Perancis itu di tangga ke-13, di mana Vieira memperkenalkan ramai pemain muda buat pasukannya.
Strasbourg, yang akan memulakan musim 2024-25 dengan menentang Montpellier pada 18 Ogos ini, perlu segera mencari pengganti kepada bekas pengendali New York City, Nice dan Crystal Palace itu.
“Kami ingin merakamkan rasa berterima kasih kepada Patrick atas segala pencapaiannya dalam fasa pertama projek ini dan kami mendoakan kejayaannya bagi masa akan datang,” kata presiden kelab itu, Marc Keller, dalam laman web rasmi mereka.
"Dia akan sentiasa dialu-alukan di kelab ini."
OFFICIAL STATEMENT: Racing Club de Strasbourg Alsace and Patrick Vieira have ended their collaboration by mutual agreement. pic.twitter.com/wqz4o0q0o8
— Racing Club de Strasbourg Alsace English (@RCSA_English) July 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.