Ligue 1: Monaco tambah derita PSG

Shaiful Shamsudin
February 12, 2023 01:44 MYT
MONACO 3 PSG 1
Christophe Galtier cukup khuatir tentang prospek Paris Saint-Germain (PSG) menentang Bayern Munich dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL), Rabu ini.
Dengan Lionel Messi menyertai Kylian Mbappe dalam senarai kecederaan, PSG tumbang 1-3 kepada Monaco, awal pagi tadi.
Ia merupakan kekalahan ketiga PSG daripada tujuh perlawanan Ligue 1 terakhir.
Galtier meletakkan Achraf Hakimi dan Sergio Ramos di bangku simpanan sambil mengesahkan virus telah melanda kem itu yang menyaksikan ketiadaan kelibat Fabian Ruiz.
Juara Bundesliga, Bayern, menang 3-0 ke atas Bochum menjelang pertemuan pertama pusingan 16 di Parc des Princes, lantas menerbitkan kegusaran Galtier.
"Kami kurang tekal dalam permainan sendiri. Ia adalah keadaan semasa pasukan. Saya tidak boleh berselindung di sebalik situasi ini," katanya dalam sidang media.

9 – Wissam Ben Yedder has scored nine goals against Paris in all comps, more than any other player against PSG under Qatari ownership. Persecutor. #ASMPSG pic.twitter.com/eXicPmzpn4

— OptaJean (@OptaJean) February 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Beginilah keadaan semasa pasukan ini. Ia pelik tetapi benar. Adalah janggal untuk mengatakan bahawa sebagai pengurus PSG, tetapi ialah realiti semasa yang kami hadapi.
"Saya bimbang tentang perlawanan selepas ini. Jika saya tidak melakukan sesuatu, ia akan menjadi sesuatu yang serius.
"Kami akan lihat jika sesetengah daripada mereka yang tidak dapat memulakan perlawanan pada malam ini sedia diturunkan Selasa ini (awal pagi Rabu).
"Kami begitu tempang dan kami bimbang. Dalam tempoh ini, kami perlu memahami situasi.
"Saya faham kemarahan peminat. Wujudnya kemarahan."
#PSG #Monaco #Ligue 1