Ligue 1: Messi, Ramos bawa PSG kembali ke landasan kemenangan

Muzaffar Musa
April 9, 2023 01:21 MYT
NICE 0 PSG 2
Jaringan daripada Lionel Messi dan Sergio Ramos membantu Paris Saint-Germain (PSG) memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Nice dalam perlawanan Ligue 1 awal pagi tadi.
Messi menemui sasaran pada minit ke-26 perlawanan di Allianz Riviera itu sebelum dia melakukan umpanan untuk ditanduk masuk Ramos dalam babak kedua.
Ia merupakan kemenangan pertama PSG dalam tiga perlawanan terakhir selepas pasukan bimbingan Christophe Galtier itu tewas dua perlawanan berturut-turut.
Nice, dalam pada itu gagal mencatatkan kemenangan ke atas bekas ketua jurulatih mereka, Galtier, sekali gus berdepan kekalahan pertama sejak dibimbing Didier Digard.
Kemenangan itu sudah pasti akan melonjakkan kembali motovasi pasukan pelawat berkenaan selepas tewas kepada Rennes dan Lyon di laman sendiri sebelum ini.
Ia juga memastikan mereka kekal berkelebihan tiga mata di depan pencabar terdekat, Lens, dengan himpunan 69 mata selepas 30 perlawanan.

LEO ❤️?#OGCNPSG pic.twitter.com/93kUkZbp0X

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PSG #Nice #Ligue 1 #Sergio Ramos #Boal Sepak #Lionel Messo