Ligue 1: Lille mula misi pertahan kejuaraan bertemu Metz, PSG jumpa Troyes
Muzaffar Musa
June 26, 2021 14:53 MYT
June 26, 2021 14:53 MYT
Lille akan memulakan misi mempertahankan gelaran Ligue 1 dengan bertemu Metz di tempat lawan manakala Paris Saint-Germain (PSG) pula akan memulakan kempen dengan bertandang ke laman pasukan baru, Troyes, menjelang sepak mula musim 2021-22.
Pasukan Les Dogues itu mencipta sensasi apabila merampas kejuaraan daripada PSG bulan lalu tetapi ketua jurulatih, Cristophe Galtier, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya sebaik diumumkan sebagai juara.
Lille masih belum melantik pengganti Galtier tetapi sesiapa yang terpilih untuk mengisi jawatan itu akan membawa pasukannya ke gelanggang Metz pada 8 Ogos depan.
Mereka akan menamatkan musim dengan perlawanan menentang Rennes tetapi sebelum itu perlu berdepan PSG di Parc des Princes pada 31 Oktober depan dan menantikan skuad kendalian Mauricio Pochettino itu di tempat sendiri pada 6 Februari depan.
Monaco, yang menamatkan musim lalu di tangga ketiga, akan memulakan kempen kali ini dengan malayani kunjungan Nantes di laman sendiri manakala Lyon akan bertemu Brest dan Marseille menghadapi Montpellier
? We begin the defence of our #Ligue1 title with a trip to @FCMetz on the weekend of 8 August ? Goals from @yilmazburak17 & @mzekicelik17 helped us to a 2-0 win on our last visit to Stade Saint-Symphorien. pic.twitter.com/t0SugWaheT
— LOSC Lille EN (@LOSC_EN) June 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.