Ligue 1: Kylian Mbappe cukup cergas hadapi Clermont tapi belum pasti diturunkan PSG

Muzaffar Musa
September 30, 2023 02:51 MYT
Kylian Mbappe cukup cergas untuk diturunkan Paris Saint-Germain (PSG) bagi perlawanan Ligue 1 menentang Clermont malam ini tetapi pasukan juara bertahan itu mungkin akan merehatkannya sebagai persediaan menghadapi Newcastle dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Khamis ini.
Penyerang kebangsaan Perancis itu dipapah keluar padang ketika pasukannya membelasah Marseille pada Isnin lalu gara-gara kecederaan buku lali dan pengurus PSG, Luis Enrique, perlu membuat keputusan sama ada mahu mengambil risiko menurunkannya ketika berdepan pasukan tercorot liga berkenaan atau tidak.
Mbappe tidak berlatih bersama pasukannya pada Khamis lalu tetapi sudah mula bersama rakan sepasukannya sejak semalam.
"Kylian Mbappe sudah mula berlatih bersama skad utama hari ini, dia boleh diturunkan," kata Enrique dalam PSG TV.
"Dia telah menjalani beberapa rawatan dan berapa sesi yang spesifik."

Kylian Mbappé continues his progressive recovery work. He completed an individual training session on the field. pic.twitter.com/Ae9wUohbax

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) September 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #PSG #Luis Enrique #Kylian Mbappe #Ligue 1