Ligue 1: Galtier sahkan kecederaan Mbappe tidak terlalu serius

Muzaffar Musa
February 2, 2023 05:30 MYT
Kecederaan yang dialami Kylian Mbappe tidak kelihatan terlalu serius, kata ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, selepas pemain itu kelihatan terhincut-hincut meninggalkan padang ketika menewaskan Montpellier awal pagi tadi,
Dengan Neymar tidak dapat beraksi dalam perlawanan Ligue 1 itu kerana masalah otot, Mbappe pula terpaksa dikeluarkan pada minit ke-21 dan kelihatan memegang pahanya ketika dikeluarkan sebelum PSG merakamkan kemenangan 3-1 itu.
Kecederaan itu berlaku selepas penyerang berkenaan gagal menyudahkan sepakan penalti tetapi Lionel Messi, Fabian Ruiz dan pemain berusia 16 tahun, Warren Zaire-Emery, menemui sasaran untuk mengukuhkan kedudukan PSG di tangga teratas liga.
Sergio Ramos turut tercedera dalam babak pertama perlawanan itu, sekali gus menimbulkan kegusaran mengenai keberadaan kedua-dua tonggak penting itu menjelang aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menbentang Bayern Munich pertengahan bulan ini.

16&330 - At 16 years and 330 days old, Warren Zaïre-Emery has become the youngest striker in the history of Paris in Ligue 1. Titi. #MHSCPSG pic.twitter.com/FCG0RUDLSH

— OptaJean (@OptaJean) February 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Galtier, bagaimanapun, meredakan kegusaran itu dengan berkata kepada wartawan dalam sidang media selepas perlawanan: "Ia tidak kelihatan terlalu serius, sama buat kedua-dua mereka.
"Kita akan lihat. Sudah pasti mereka adalah dua pemain penting. Berdasarkan apa yang kami lihat pada separuh masa dan berdasarkan apa yang kami bincangkan sesama sendiri, tiada kebimbangan yang besar.
"Kylian mengalami kecederaan di belakang lutut dan otot. Ia sama ada bengkak atau hematoma, kami masih belum tahu. Dengan jarak perlawanan yang terlalu dekat, kami tidak mahu mengambil risiko.
"Sergio terjatuh dan cedera adductur. Kami fikir ia tidak serius. Dia memilih untuk dikeluarkan dan tidak mahu mengambil risiko terhadap kesakitan itu," katanya.
#bola sepak #PSG #Kylian Mbappe #Ligue 1 #Sergio Ramos