Liga Super: Terengganu akui masih berhutang namun tiada sekatan FIFA dikenakan

Najmi Iman
October 2, 2024 15:59 MYT
Terengganu sedang dalam proses menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain import, Adisak Kraisorn, susulan menerima surat arahan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 31 Ogos lalu.
Skuad Peteh mengakui bahawa mereka masih mempunyai hutang terhadap bekas penyerang Muangthong United, namun menafikan nilai bayaran mencecah sehingga enam angka sebaliknya hanya lima angka yang perlu dijelaskan dalam tempoh 45 hari.

Berita liar berkenaan tunggakan bayaran gaji bekas pemain Terengganu FC, Adisak Kraisorn sehingga 6 angka yang tular adalah tidak benar. Baca selanjutnya disini ⬇️https://t.co/ArcDWJgLYg#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/EI0U6kkElL

— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur Tanah Air itu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah dikenakan apa-apa sekatan daripada badan induk bola sepak dunia itu dan sedia mematuhi segala arahan yang diberikan.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Terengganu #Adisak Kraisorn