Najmi Iman
Sun Nov 03 2024
4-2 bertemu Perak. 4-0 tewaskan Penang. 5-2 tumpaskan Kedah Darul Aman. Selepas tiga perlawanan berkesudahan dengan jaringan besar, Sabah terus merekodkan gol yang tinggi ketika menang berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Likas, sebentar tadi.
Keputusan 4-1 jelas meletakkan Sabah berada di kelas tersendiri demi mengutip tiga mata penuh seterusnya dalam aksi Liga Super Malaysia.
Meskipun ketiadaan Darren Lok, Joao Pedro berjaya menggalas misi selaku penyerang utama tatkala tandukannya berjaya menembusi jaring KDN pada minit ke-15 untuk memimpin permainan.
Kesilapan Rawilson Batuil susulan gerakannya menghukum barisan pertahanan Sabah yang menghadiahkan gol penyamaan 1-1 buat KDN menerusi sepakan Fazrul Amir.
Namun, tidak sampai satu minit Sabah berada di depan semula apabila tampanan Farhan Roslan membawa kepada gol kedua skuad tuan rumah.
Sebelum wisel penamat, keupayaan tandukan Joao Pedro sekali lagi menewaskan penjaga gol KDN, Fikri Che Soh, 3-1 yang menceriakan kem Sabah menuju bilik persalinan ketika rehat separuh masa.
Duka berganda pasukan pelawat hadir ketika skuad kendalian Ong Kim Swee memanfaatkan situasi bola mati ekoran Gabriel Peres yang melakukan tandukan deras nyata memberi mimpi ngeri buat KDN.
Tamat permainan, Sabah berhasil menutup perlawanan dengan kemenangan keempat yang berkesudahan 4-1.
Secara keseluruhan, Sabah sudah menjaringkan sebanyak 17 gol dalam empat pertemuan, sekali gus menghuni tangga ketiga liga dan mengutip 26 mata untuk berada di belakang Selangor.
Piala Cabaran: Kebangkitan sensasi PDRM hidupkan peluang sebagai juara bertahan
PDRM melakar kebangkitan sensasi apabila berjaya mengikat Melaka dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebentar tadi.
Piala Cabaran: Penang mudah tewaskan kelab A1 Semi-Pro, PT Athletic
Penang berjaya menewaskan kelab Liga A1 Semi-Pro, PT Athletic, dengan kemenangan bergaya dalam perlawanan pertama Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Piala AMEC: Penang panggil pulang Adib Raop, Syamer Kutty untuk aksi Piala Cabaran
Tonggak Harimau Malaya, Adib Abdul Raop dan Syamer Kutty Abba, dipanggil pulang oleh Penang bagi menghadapi perlawanan bertemu PT Atletic dalam Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, malam ini.
Piala AMEC: Ini keadaan terkini padang SNBJ menjelang aksi Malaysia lawan Timor-Leste
Keadaaan venue perlawanan antara Malaysia dan Timor-Leste menjelang perlawanan kedua Kumpulan A Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 dilihat berada dalam kondisi yang memuaskan.
Piala AMEC: Timor-Leste buat 'kerja rumah' hadapi Harimau Malaya di SNBJ
Pengendali Timor-Leste, Simon Ellechette, menjadikan Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 sebagai medan terbaik dalam meningkatkan prestasi skuad kendaliannya agar lebih kompetitif dari masa ke semasa.
Piala AMEC: Siaran langsung (Live Streaming) sidang media Malaysia lwn Timor-Leste
Harimau Malaya bakal turun dengan misi melakar tiga mata penuh menjelang pertembungan perlawanan peringkat Kumpulan A Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 menentang Timor-Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Insya-Allah -- Kata Cristiano Ronaldo Jr
Cristiano Ronaldo Junior hanya mengungkapkan 'Inshaallah' mengenai hasratnya sebelum ini yang ingin beraksi secara profesional dalam kancah bola sepak bersama bapanya, Cristiano Ronaldo, yang merupakan bintang bola sepak dunia.
EPL: Tomas Soucek dedikasi kemenangan West Ham buat Michail Antonio
Kemenangan West Ham membenam Wolverhampton Wanderers 2-1 di Stadium London mengurangkan tekanan terhadap ketua jurulatih Julen Lopetegui untuk memperbaiki kedudukan pasukan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2024/25 musim ini.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang membarisi FIFPRO World 11 dengan Lionel Messi dikecualikan buat kali pertama sejak 2006.
Revolusi perkasa Harimau Malaya sudah bermula
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan bayangan revolusi untuk memperkasakan skuad bola sepak, Harimau Malaya melalui penstrukturan baharu pengurusan pasukan kebangsaan sudah bermula.
Arteta tells Arsenal to 'accept reality' of injury crisis
Arsenal must accept injury reality
Leclerc tops post-season testing in Abu Dhabi, Sainz makes Williams debut
Leclerc tops post-season testing
Guardiola 'won't manage another club' after Man City
Pep: No club job after Man City
Youthful Juventus must show 'character' to beat Man City, says Motta
Motta: We must be at our best
Brazil great Marta to retire after 'a couple more years', not eyeing 2027 World Cup
Marta likely to retire before 2027
Millwall boss Harris stepping down after Middlesbrough clash
Harris to leave Millwall position
Carragher: It could not have gone worse for INEOS at Man Utd
Carragher slams INEOS tenure
'It doesn't end here', says Puig as he eyes more LA Galaxy history
Puig eyeing more LA Galaxy history
Dortmund boss Sahin confirms Sule injury blow ahead of Barcelona clash
Sule ruled out for several months
'I'd prefer Ireland, England or France', says O'Gara amid Wales job links
O'Gara not keen on Wales job