Liga Super: Perak peroleh kemenangan kedua berturut-turut, jinakkan KL City di Ipoh

Najmi Iman
September 21, 2024 22:05 MYT
PERAK 1 KL CITY 0
Perak berjaya mengutip dua kemenangan berturut-turut selepas menumpaskan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur City malam ini selain mencatatkan keputusan positif pertama di Stadium Perak, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan anak buah Miroslav Kuljanac gagal menembusi gawang penjaga gol, Haziq Nadzli, selain The Bos Gaurus juga tidak memanfaatkan peluang sebagai pasukan tuan rumah.
Jaringan pertama berpunca daripada kelincahan Azfar Fikri Azhar yang membuat lorongan kepada pemain berjersi 30, Luka Milunovic, untuk memecahkan kebuntuan skuad kendalian Yusri Che Lah berada di depan pada minit ke-62.

Jaringan Luka Milunovic meletakkan Perak FC dihadapan! Muat turun aplikasi baharu MFL secara percuma sekarang ? https://t.co/Q1Mr1A3S8x#MFLKeyMoments pic.twitter.com/IMi2nUqPIX

— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The City Boys kelihatan tempang tanpa kelibat penjaring terbanyak sepanjang zaman KL City, Paulo Josue, yang tidak disenaraikan dalam perlawanan malam ini, sekali gus tiada sebarang serangan berbahaya dilakukan.
Persoalan tidak menurunkan Haqimi Azim menjadi tanda tanya buat peminat KL City yang menyedari bahagian serangan tiada tunjang utama untuk membuahkan hasil.
Tiada tambahan jaringan memaksa KL City menerima tamparan hebat apabila jatuh ke kelompok terburuk Liga Super Malaysia di kedudukan ke-11 sambil Perak memperoleh tiga mata penuh untuk menduduki tempat ke-7.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Perak #Kuala Lumpur City #DemiLigaKita