Liga Super: PDRM-Perak kongsi satu mata di Selayang
Najmi Iman
November 2, 2024 22:21 MYT
November 2, 2024 22:21 MYT
PDRM 1 PERAK 1
PDRM sekadar mencatatkan empat mata dalam empat perlawanan terakhir susulan sekali lagi mencatatkan keputusan seri bertemu Perak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.
Jaringan pemain import, Aremu Timothy, pada minit ke-57 tidak memberi sebarang kelebihan buat pasukan tuan rumah sebaliknya barisan serangan tidak menghadirkan percubaan susulan yang berbahaya kepada Perak.
Luciano Guayochea menjadi wira skuad bimbingan Yusri Che Lah membawa satu mata ke Manjung meskipun gagal mendapatkan kemenangan selepas tumpas ke atas Sabah dan seri berdepan Terengganu sebelum ini.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS15#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/pVAdlKVq3L
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tamat permainan menyaksikan kedua-dua pasukan sedang berada di tangga keenam dan ketujuh Liga Super Malaysia sambil dibezakan satu mata sahaja iaitu PDRM (18) dan Perak (17).