Liga Super: Patrick Reichelt sedia kembali perkuat KL City berdepan Selangor

Saufi Tahir
July 8, 2024 17:25 MYT
Pemain import Kuala Lumpur City, Patrick Reichelt, mengakui berasa lega selepas tidak mengalami kecederaan serius di bahagian betis ketika turun dalam aksi ketiga Liga Super 2-24/2025 menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 21 Jun lalu.
Tanpa berselindung, tonggak antarabangsa Filipina itu memaklumkan dia enggan mengenang perjalanan karier musim lalu yang menyaksikan dia terpaksa berehat untuk tempoh 4 bulan berikutan kecederaan otot yang dialami.

The clock is ticking. 8 days to go, CityBoys! The job’s not finished. #klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/QhHshvvdll

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas pemain yang mesra disapa Kiki itu lagi, dia sedia untuk diturunkan dalam pertemuan liga derbi Lembah Klang berdepan Selangor pada 14 Julai depan di Stadium Cheras Ahad ini.
"Perlawanan terakhir menentang Negeri Sembilan saya merasakan sakit di bahagian betis kaki dan kini saya berasa bertuah kerana dapat berehat lebih panjang.
"Saya rasa menjelang aksi pada Ahad ini saya sepatutnya boleh kembali. Kecederaan ini boleh berlaku kepada sesiapa dan bukan kerana faktor usia sahaja.
"Fokus saya sepenuhnya kepada Kuala Lumpur kini jadi saya akan berikan aksi 100 peratus dan meneruskan agar mereka terus memilih saya." katanya kepada Nadi Arena.
#bola sepak #Selangor #KL City #Liga Super 2024/2025 #Patrick Reichelt