Kejayaan Kedah Darul Aman (KDA) FC bangkit menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Darul Aman malam tadi memastikan pasukan itu naik satu anak tangga di kedudukan keempat Liga Super selepas 13 perlawanan.
Pengendalinya, Nafuzi Zain, berkata sasaran untuk berada di kelompok empat pasukan terbaik selepas tamat pusingan pertama Liga Super berjaya direalisasikan selepas berdepan cabaran sukar, namun masih perlu bekerja keras dalam baki saingan liga musim ini.
Menurutnya, semua pemainnya telah menunjukkan semangat dan karakter permainan yang diharapkan, malah tidak mengalah walaupun ketinggalan satu gol.
"Kita tahu ini adalah tahun pertama saya bersama Kedah dan saya gembira berada di kelompok empat teratas dalam pusingan pertama. (Namun) kita tahu banyak lagi kerja keras perlu dilakukan.
"KDA FC ketinggalan gol awal kepada Sabah FC tetapi pemain tidak mengalah, malah bersemangat mencipta ruang dan peluang serta menjaringkan gol penyamaan dan juga kemenangan.
"Corak permainan mereka sudah banyak meningkat walaupun masih banyak kelemahan dan persefahaman yang perlu diberikan perhatian," katanya dalam sidang media.
Lee Tuck muncul wira Sang Kenari apabila menjaringkan gol pada minit ke-40 dan 72 bagi memadamkan gol awal pelawat menerusi Gabriel Peres seawal minit ke-8.
Mengulas dua jaringan Lee Tuck itu pula, Nafuzi mengakui komitmen yang diberikan oleh pemain itu dan dia berada pada masa serta posisi yang tepat untuk menjaringkan dua gol berkenaan.
"Prestasi yang ditunjukkan oleh Lee Tuck membuatkan ramai gembira, terutama penyokong Kedah," ujarnya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 03 2023
Pramusim: Sri Pahang tamatkan kempen dengan kemenangan
Tiada lagi perlawanan timbal balik Piala FA
Menerusi kemas kini laman X Emirates FA Cup, Persatuan Bola Sepak England, telah mengumumkan bahawa seluruh video ulang tayang perlawanan Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan.
UEL: Bayer Leverkusen menang lagi
Pemain kelahiran Belanda, Jeremie Agyekum Frimpong, menjadi wira buat pasukan Bayer Leverkusen apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-89 untuk membawa pasukan itu ke separuh akhir Liga Eropa UEFA (UEL).
UEL: Selamat tinggal Liverpool
Kelab dari Serie A, Atalanta BC, meneruskan rentak kecemerlangan apabila melayakkan diri ke separuh akhir Liga Eropa UEFA (UEL), selepas menunjukkan jalan keluar buat pasukan Liverpool dengan kemenangan menerusi agregat 3-1 awal pagi tadi.
SAC 2024: Selangor cabar pasukan dari tiga negara
Edisi kedua Selangor Asia Challenge (SAC) pada musim ini bakal menyaksikan The Red Giants berentap dengan pasukan dari tiga buah negara bagi menguji kekuatan sebenar kelab itu yang akan bermula 26 April hingga 28 April ini.
JDT terus rentak cemerlang atasi kelab divisyen empat Sepanyol
Juara 10 kali Liga Super berturut-turut, Johor Darul Ta'zim, meneruskan rentak cemerlang dalam kempen pramusim mereka di Sepanyol selepas mengatasi kelab dari divisyen empat, CF La Nucia 3-1, sebentar tadi.
Yusoff pertahan FAM letak harapan menggunung buat skuad B-23 negara layak ke Paris 2024
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, tetap mempertahankan harapan menggunung badan induk itu terhadap skuad B-23 tahun negara untuk layak beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Liga A1 Semipro: Kelantan boleh digugurkan jika tidak cukup pemain
Ketua Pegawai Operasi Liga Amatur Malaysia (AFL), Raimi Fakri Fuad, tidak menolak kemungkinan Kelantan boleh digugurkan daripada saingan Liga A1 Semipro seandainya gagal mendaftar pemain yang secukupnya.
Piala Asia B-23: Harith Haikal akui Uzbekistan mudah baca 'gameplay' Malaysia
Pemain pertahanan Harimau Muda, Harith Haiqal, mengakui dirinya kecewa dengan prestasi yang ditampilkannya dan pasukan dalam keseluruhan permainan apabila terpaksa tunduk kepada Uzbekistan 0-1 dalam saingan Kumpulan D Piala Asia B-23, semalam.
Piala Asia B-23: Tumbangkan Malaysia permulaan baik Uzbekistan untuk bergelar juara
Ketua jurulatih skuad B-23 Uzbekistan, Timur Kapadze, menganggap kejayaan menumbangkan Malaysia 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan D, Piala Asia B-23 di Qatar malam tadi sebagai permulaan terbaik buat pasukannya untuk memburu kejuaraan edisi ini.
Lauren Coughlin holds first-round lead at the Chevron Championship
Michail Antonio felt officials were against West Ham after European exit
Jurgen Klopp accepts lack of threat cost Liverpool dear in European exit
The Reds exited the competition 3-1 on aggregate.
Liverpool exit Europa League despite win at Atalanta
West Ham were knocked out by Bundesliga champions Bayer Leverkusen at London Stadium after a 1-1 draw on the night.