Liga Super: JDT umum ketibaan Eddy Israfilov, apa nasib Endrick?

Muzaffar Musa
August 10, 2024 20:49 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain tengah baru dari Azerbaijan, Eddy Israfilov, menerusi satu hantaran video media sosial sebentar tadi.
Israfilov merupakan pemain kebangsaan Azerbaijan tetapi dilahirkan di Sepanyol dan sempat mengembangkan kariernya di negara itu.
Pemain tengah bertahan itu telah mengumpulkan 26 penampilan bersama skuad kebangsaan Azerbaijan dan kelab terakhirnya merupakan kelab negara diwakilinya itu, Neftci.
Terdahulu, dia mewakili pelbagai kelab Sepanyol, antaranya Real Murcia, Granada, Eibar, Cadiz dan Albacete.
Dalam video pengenalannya, pemain berusia 32 tahun berkenaan dilihat mengenakan jersi nombor 23, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan pemilik asal nombor berkenaan, Endrick dos Santos.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Johor Darul Ta'zim FC #Eddy Israfilov
;