Hasrat Selangor untuk mendapatkan kemenangan dalam aksi Liga Super ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak kesampaian apabila tewas 0-3 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Selangor mempamerkan kesebelasan utama yang berbeza apabila ketua jurulatih, Nidzam Jamil, menurunkan tiga pertahanan tengah iaitu Mohammad Abualnadi, Umar Eshmurodov dan Sharul Nazeem sementara Aliff Izwan Yuslan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronnie Fernandez bagi mengetuai serangan Selangor.
Selangor terlebih dahulu menguji benteng akhir JDT apabila Ali Olwan berjaya melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol Syihan Hazmi Mohamed.
Di sebalik permulaan itu, JDT seperti biasa menguasai permainan dengan lebih tenang sebelum mendahului permainan menerusi tandukan Romel Morales pada minit ke-29.
Penguasaan permainan terus menjadi intipati permainan JDT sebelum berjaya menggandakan jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-43 apabila mudah menampan masuk hantaran Arif Aiman Md Hanapi.
Kemasukan Alvin Fortes dan Safuwan Baharudin menjadi perancangan yang ditetapkan Nidzam untuk berusaha mengejar permainan dalam separuh masa kedua.
Bagaimanapun, JDT berjaya mengawal ketat pergerakan jentera serangan Selangor sementara memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson pada minit ke-54.
Tiada jaringan tambahan yang berjaya terhasil sehingga tamat perlawanan sekaligus memberikan kemenangan kedua buat JDT ke atas Selangor musim ini.
Ammar Hakim
Sun Oct 27 2024
Ivan Mamut kembali menjelang tempoh getir Terengganu
Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, mengakui tugas sukar menanti pasukannya berikutan jadual padat yang bakal dihadapi bermula awal tahun depan.
Jentera serangan Kedah mula hadirkan kebimbangan, kata jurulatih
Perlawanan derbi utara Liga Super minggu ke-17 di antara Kedah Darul Aman menentang penang berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Liga Super: PDRM pamer aksi terbaik -- P. Maniam
Hatrik separuh masa pertama Ifedayo Olusegun membantu PDRM mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super semalam.
Liga Super: Ledak hatrik kemudian dilayang kad merah, Ifedayo warnai kemenangan PDRM
PDRM mempamerkan prestasi penuh bertenaga ketika melakar kemenangan 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.
Liga Super: Stefano Brundo sedia pacu Tok Gajah gempur JDT
Pertahanan Sri Pahang, Stefano Brundo, memberikan isyarat dirinya dalam keadaan bersedia untuk membantu pasukan menjelang saingan minggu ke-17 Liga Super 2024/25 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Piala AMEC: Singapura perlu segera cari galang ganti Safuwan Baharudin
Ketiadaan ketua pasukan, Safuwan Baharudin, diratapi Singapura yang menuntut mereka untuk mencari penyelesaian segera untuk berentap dengan Thailand dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Singapura, petang ini.
Ultimate Liga Super Fantasy: Rancang kesebelasan terbaik anda menjelang minggu ke-17 Liga Super
Ultimate Liga Super Fantasy minggu ke-16 menyaksikan MKanwar berjaya meraih mata tertinggi iaitu sebanyak 1117 mata dan menduduki tempat pertama carta.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Mampukah Sri Pahang membuat kejutan dan cipta kemenangan ke atas JDT
Sehari sebelum sepak mula, ikuti perkembangan tiga perlawanan Liga Super yang akan berlangsung esok iaitu membabitkan Kuala Lumpur City menentang Negeri Sembilan, Perak bertemu Selangor dan Pahang jumpa Johor Darul Ta'zim (JDT).
Best of 2024: Tragedi pilu melanda Faisal Halim detik paling terkesan dalam kalendar sukan 2024 buat Fatin Ruzaiman
Tragedi penyerang Selangor, Faisal Halim, menjadi detik paling terkesan dalam kalendar sukan 2024 buat wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman dan seluruh rakyat Malaysia.
ACLE: JDT kini harapan tunggal Liga-M jamin slot di pentas Asia
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, bertegas slot Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) untuk Malaysia kini bergantung sepenuhnya kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Juventus boss Motta: Conceicao not phased by family reunion
Conceicao unphased by family ties
Rodgers suggests Celtic's lead influenced poor Rangers showing
Rodgers: Lead influenced us
Dyche: Nobody really cares about the size of the job at Everton
Dyche: Success not just on pitch
Rangers 3-0 Celtic: Hosts dominate to claim vital Old Firm victory
Report: Rangers 3-0 Celtic
'My heart is full' – Djokovic loving life on and off court in Brisbane
Djokovic: My heart is full
Milan coach Conceicao puts family ties on hold ahead of Juve clash
Conceicao wants to beat his son
Ancelotti expects LaLiga title race to be a close one
Ancelotti expects close title race
Cummins: Marsh dropped to freshen Australia up
Marsh dropped to freshen team up
Westbrook hails 'best in the world' Jokic after historic feat
Westrbook leads Jokic plaudits
Wilson vows there's more to come from Fulham ahead of Ipswich clash
Preview: Fulham v Ipswich Town