Liga Super: JDT benam Negeri Sembilan di Paroi

Najmi Iman
November 1, 2024 22:33 MYT
NEGERI SEMBILAN 4 JDT 0
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memungut tiga mata penuh dalam Liga Super Malaysia selepas memperoleh kemenangan berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Dua jaringan daripada pemain import, Heberty Fernandes, memberi kelebihan kepada juara 10 kali Liga Super itu pada separuh masa pertama bagi menjarakkan kualiti permainan.
Pemain berjersi 37 itu membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-15 selepas Bergson da Silva dikasari di luar kotak penalti.
Negeri Sembilan melakukan serangan lancar pada awal permainan, namun gerakan tersebut tidak membahayakan gawang JDT yang dikawal rapi oleh penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamad.
Heberty sekali lagi menyumbat gol kedua buat skuad kendalian Hector Bidoglio untuk kedudukan 2-0 sebagai bekalan menuju separuh masa kedua.

KEPUTUSAN MASA PENUH – LS15#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/anhAyvtcVe

— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Arif Aiman Hanapi turut mencatatkan nama selaku penjaring gol pada minit ke-50 susulan gerakan solonya di sebelah kanan perlawanan berjaya membuahkan hasil buat JDT.
Sepakan Takumi Sasaki pada ketika masa tambahan gagal memberi hadiah sagu hati buat tuan rumah yang terus dibelenggu dengan kekalahan.
Harith Samsuri dilayangkan kad merah selepas sepakan Oscar Arribas terkena tangannya dalam kotak penalti dan dipaksa meninggalkan padang.
Jorge Obregon menyempurnakan penalti untuk JDT membawa pulang empat gol ke Stadium Sultan Ibrahim.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Negeri Sembilan #Liga Super Malaysia
;