Liga Super: Hazwan Bakri jalani latihan pertama bersama Kuching City
Kamal Nizam
September 10, 2024 15:57 MYT
September 10, 2024 15:57 MYT
Selepas sahaja diumumkan sebagai pemain Kuching City, Hazwan Bakri, yang sebelum ini berehat panjang akibat dari kecederaan lutut sudah mula sertai latihan pertamanya bersama skuad Aidil Sharin.
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim itu dilihat memakai nombor 33 pada jersinya, ia mungkin sempena umurnya juga sudah cecah 33 tahun pada 2024.
Kali terakhir Hazwan Bakri beraksi adalah pada pertemuan antara Harimau Selantan menentang Penang pada Disember tahun lalu.
Hazwan Bakri terus sertai pasukan untuk latihan pertamanya bersama Kuching City FC! ?⚽ pic.twitter.com/KmE0WHzQUM
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) September 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mungkin kita akan melihat Hazwan Bakri bangkitkan kariernya balik sama seperti Daniel Amier dengan mendapat peluang bermain di Liga Super.