Liga Super: Azam Azmi sedia buru kesebelasan utama Terengganu

Ammar Hakim
September 25, 2024 16:56 MYT
Pertahanan Terengganu, Azam Azmi Murad, sudah sedia sepenuhnya untuk kembali rebut kesebelasan utama dalam saingan Liga Super.
Sudah pasti dia teruja sebaik namanya kembali mendapat perhatian Tomislav Steinbruckner buat kali kedua dalam kempen ACC Shopee Cup.
Walaupun belum mendapat kepercayaan penuh turun dalam kesebelasan utama dalam saingan Liga Super, Azam menganggap ia petanda yang cukup baik untuk dia kembali merampas tempat.
Menjelang pertemuan dengan Dong A Thanh Hoa, Azam dijangka kembali memperkuatkan pertahanan Terengganu selepas Shahrul Nizam dan Safwan Mazlan tidak cergas.
Selain Azam, Matthew Steenvoorden, Ubaidullah Shamsul dan Alif Zakaria dijangka memperkuatkan pertahanan Terengganu di aksi kedua ACC Shopee Cup juga.
#liga super #Terengganu #Azam Azmi Murad #ACC Shopee Cup