Liga Super: Akmal Rizal diberi peranan baru di Penang

Najmi Iman
November 1, 2024 16:03 MYT
Mat Saiful Mohamad secara rasminya dilantik sebagai pemangku jurulatih dan akan dibantu oleh Merzagua Abderrazak bagi mengendali pasukan Penang buat sementara waktu.
Berikutan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Penang yang berlangsung pada 21 Oktober lalu, satu pengumuman sebulat suara telah dibuat bagi menggantikan posisi jurulatih utama, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
"Usaha dan dedikasi Akmal Rizal adalah amat dihargai memandangkan dia masih mempunyai kontrak bersama dengan Penang dan dia akan dikekalkan bagi meneraju pasukan lain di bawah Penang," kata Lembaga Pengarah Penang Sdn Bhd.

Kenyataan Rasmi Penang FC ?⚪? Status Akmal Rizal Ahmad Rakhli Seperti yang dimaklumkan sebelum ini ⤵️ @ASTROARENA https://t.co/lGoF6cz2Nr pic.twitter.com/Fp6VN1dmtV

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) November 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi kenyataan tersebut, Penang juga sedang mengenal pasti beberapa calon utama, namun masih berada dalam fasa perbincangan bagi memuktamadkan kontrak.
Sebagai rekod, sentuhan pertama Mat Saiful berakhir dengan kekalahan 0-4 kepada Sabah.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Akmal Rizal Ahmad Rakhli #Penang #Mat Saiful Mohamad #Merzagua Abderrazak
;