Shaiful Shamsudin
Thu Mar 23 2023

Cristiano Ronaldo yakin Liga Pro Saudi mampu menjadi salah satu kejohanan terbaik di dunia pada tahun-tahun akan datang.
Ketua pasukan Portugal itu menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr, selepas Piala Dunia 2022 dengan tempoh keduanya bersama Manchester United berakhir secara mengejut sebelum temasya di Qatar itu.
Menjadi seorang ejen bebas selepas Selecao tersingkir dalam suku akhir di tangan Maghribi, Ronaldo segera berkelana ke Timur Tengah dalam satu rundingan pantas dan tidak menunggu lama untuk mencetak sembilan gol dalam lapan penampilan Liga Pro setakat ini.
Walaupun secara meluas dianggap sebagai liga yang lebih lemah berbanding di Eropah, Ronaldo percaya pentas itu telah mempersiapkannya untuk tugasan Portugal dan menjangkakan reputasi liga teratas Arab Saudi akan bertambah baik dari masa ke semasa.
“Saya berasa dalam keadaan yang sangat baik,” katanya menjelang perlawanan kelayakan Euro 2024 Portugal menentang Liechtenstein, awal pagi esok.
“Itu sebabnya saya berada di sini. Kalau saya tidak fikir begitu, saya tidak akan di sini.
"Saya berada dalam liga yang sangat kompetitif. Mereka sepatutnya melihat kejuaraan Saudi secara berbeza.
"Jelas sekali, ia tidak seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), saya akan berbohong andai saya berkata begitu tetapi ia tetap kompetitif. Saya terkejut dengan cabarannya. Mereka mempunyai pasukan yang bagus, ia seimbang, pemain Arab bagus, pemain asing menawarkan kualiti tambahan.
"Mungkin dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, jika mereka meneruskan rancangan ini, mereka mampu menjadi liga keempat atau kelima paling kompetitif di dunia."
Kepulangan Ronaldo ke United tidak berakhir dengan baik apabila dia berselisih dengan Erik ten Hag, malah membidas kelab itu dalam temu bual ketika masih terikat kontrak di Old Trafford.
"Kadang-kadang anda perlu melalui beberapa perkara untuk melihat siapa yang berada di pihak saya," katanya.
“Dalam tempoh sukar, anda dapat melihat siapa yang berada di pihak anda.
“Saya tiada masalah untuk mengatakan saya mengharungi detik yang buruk dalam karier saya, tetapi tiada masa untuk penyesalan.
"Hidup ini perlu diteruskan dan baik atau tidak, ia adalah sebahagian daripada kematangan saya.
"Apabila kita berada di puncak gunung, kita sering tidak dapat melihat apa yang ada di bawah.
"Sekarang saya lebih bersedia dan ia satu pengajaran penting kerana saya tidak pernah melaluinya seperti ini dalam beberapa bulan lepas. Sekarang saya sudah menjadi seorang lelaki yang lebih baik."

Zidane tolak tawaran EURO150 juta kendali Al-Nassr
Bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, dilaporkan telah menolak tawaran bernilai EURO150 juta selama dua tahun untuk bertemu semula dengan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.

LaLiga: Gandingan Benzema-Vinicius-Rodrygo sama seperti zaman Ronaldo-Bale -- Ancelotti
Carlo Ancelotti menyamakan gandingan Karim Benzsema bersama Vinicius Junior dan Rodrygo dengan zaman sewaktu penyerang itu bergandingan bersama Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale satu ketika dulu.

Presiden Atletico mahu lihat Messi, Ronaldo kembali ke LaLiga
Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo, mahu melihat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kembali ke saingan LaLiga sebelum kedua-dua pemain legenda itu bersara.

All Nassr raikan rekod Ronaldo bersama Portugal
Al Nassr meraikan penampilan bersejarah Cristiano Ronaldo bersama Portugal dengan penuh bergaya.

Rooney puji cara The Red Devils kendalikan isu Ronaldo
Wayne Rooney memuji Manchester United kerana segera mengalihkan isu Cristiano Ronaldo sambil menyokong azimat baru mereka, Marcus Rashford, untuk mengatasi rekodnya jaringan sendiri.

Bruno Fernandes tangkis Cristiano Ronaldo label era baru Portugal
Bruno Fernandes tidak percaya Portugal memerlukan nafas baru yang dinanti-nantikan oleh Cristiano Ronaldo di bawah tunjuk ajar Roberto Martinez.

Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo hadirkan kekaguman, Portugal puas terus kebal
Roberto Martinez menyanjungi pengalaman dimiliki Cristiano Ronaldo selepas pemain berusia 38 tahun itu terus mempamerkan bisanya dengan dua jaringan ketika Portugal membelasah Luxembourg 6-0, sebentar tadi.

Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Tiada yang berkebetulan. Apabila dua pemain terhebat turun beraksi, jurang waktu dan jarak perjalanan pun tidak menjadi pemisah. Ia adalah satu malam yang menjadi penanda mercu dan pencapaian bersejarah buat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sambil kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Kelayakan Euro 2024: Portugal tagih pengalaman Cristiano Ronaldo, kata Martinez
Roberto Martinez percaya pengalaman dan komitmen Cristiano Ronaldo adalah penting untuk kitaran baru Portugal.

Liga Pro Saudi mampu jadi antara terbaik dunia -- Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo yakin Liga Pro Saudi mampu menjadi salah satu kejohanan terbaik di dunia pada tahun-tahun akan datang.

Harry Hall bounces back from double blow to keep share of lead
Cornish rookie heads into final round tied at the top with American Adam Schenk.

Gareth Southgate knows Euro 2024 must go ‘very, very well’ to keep England job
Next summer’s tournament in Germany could prove Southgate’s last finals in charge.

Wolves boss Julen Lopetegui feels second-placed Arsenal do not deserve criticism
Arsenal will finish as runners-up in the Premier League.

Rob Edwards relieved to hear skipper Tom Lockyer is doing okay after Luton win
Lockyer collapsed in the early stages of the penalty shoot-out win against Coventry at Wembley.

Strasbourg 1-1 Paris Saint-Germain: Messi strikes as PSG seal record-breaking Ligue 1 title
Lionel Messi scored his 16th goal of the season as PSG earned the point they needed to secure their record-breaking Ligue 1 triumph.

Inter 3-2 Atalanta: Nerazzurri seal top-four finish after flying San Siro start
Romelu Lukaku, Nicolo Barella and Lautaro Martinez were on the scoresheet as Inter clinched a deserved win over Atalanta on Saturday.

Premier League future 'bright' despite managerial sacking record, says LMA chief Bevan
The Premier League has seen 14 managers come and go in a record-breaking campaign for sackings in England's top competition.

LaLiga accused of 'inadequate' handling of 'disgraceful' racist abuse towards Vinicius Junior
Real Madrid winger Vinicius Junior was racially abused at Valencia last Sunday, leaving many to condemn the Spanish football authorities.

Emma Hayes hails ‘a victory for the team’ as Chelsea win fourth straight title
A 3-0 win over Reading sealed top spot in the WSL ahead of Manchester United.

Neymar 'has a place in any team' amid Man Utd links, says former team-mate Willian
Manchester United have been linked with an audacious swoop for Neymar, and Willian thinks his compatriot would light up the Premier League.