Liga Pro Saudi: Al-Hilal gugur nama Neymar
Shaiful Shamsudin
January 18, 2025 09:53 MYT
January 18, 2025 09:53 MYT
eymar tampak akan meninggalkan kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, selepas dia tidak didaftarkan untuk perlawanan liga seterusnya.
Pemain berusia 32 tahun itu diura-ura akan berpindah ke francais Liga Utama Bolasepak (MLS), Chicago Fire, bagi mengakhiri mimpi buruknya di Arab Saudi.
Neymar hanya membuat dua penampilan sebagai pemain gantian dalam Liga Juara-Juara AFC untuk Al-Hilal musim ini, manakala kecederaan juga menghadkannya kepada hanya tiga penampilan liga pada 2023-24.
Peluang Neymar untuk menyumbang kepada skuad kendalian Jorge Jesus itu terjejas berikutan ketua jurulatih tersebut memilih untuk tidak mendaftarkannya.
Dipetik dalam The Mirror, Jesus berkata: "Liga Saudi adalah salah satu liga terbaik di dunia.
"Semua pemain Al-Hilal boleh bermain untuk mana-mana kelab di Eropah. Neymar tidak lagi mampu beraksi di tahap yang kami harapkan.
Jorge Jesus’ attacking machine hits 300+ goals with Al Hilal… unstoppable! 💙🔥 pic.twitter.com/WN7GxHckHC
— AlHilal Saudi Club (@Alhilal_EN) January 16, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Malangnya keadaan menjadi sukar baginya. Dia masih mempunyai kontrak bersama Al-Hilal dan mungkin terpulang kepadanya untuk menentukan masa depannya.
"Ia bergantung kepada pentadbiran.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang masa depan Neymar.
"Kami mempunyai kuota untuk pemain yang lahir pada 2003 dan ke atas."