Liga Negara-Negara: Rangnick mulakan tugas di Austria dengan tewaskan Croatia

Muzaffar Musa
June 4, 2022 04:24 MYT
CROATIA 0 AUSTRIA 3
Bekas pengurus Manchester United, Ralf Rangnick, memulakan tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Austria dengan penuh cemerlang selepas mengatasi Croatia 3-0 dalam aksi pertama Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi.
Croatia menguasai 60 peratus kawalan bola sepanjang babak pertama di Stadium Gradski Vrt tetapi Austria merupakan pasukan yang lebih gembira untuk ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol yang disumbangkan Marko Arnautovic pada minit ke-41.
Selepas dibezakan 10-4 daripada segi percubaan berbanding Croatia dalam babak pertama -- Austria hanya menghasilkan satu percubaan tepat yang menemui sasaran -- aksi dalam separuh masa kedua ternyata berbeza.
Daripada tujuh percubaan yang terhasil dalam babak kedua, kesemuanya milik Austria dan mereka berhasil menambah dua lagi jaringan pantas.
Michael Gregoritsch menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-54 sebelum Marcel Sabitzer melepaskan percubaan jarak jauh gemilang untuk memastikan kemenangan bergaya Austria tiga minit kemudian.
Dengan kemenangan itu, Rangnick menjadi pengurus pertama membawa Austria meraih kemenangan dan tidak dibolosi dalam perlawanan pertama sejak Hans Krankl melakukannya pada 2002.

3-0 - Ralf Rangnick is the first ÖFB-Coach since Hans Krankl in 2002 to record a win and a clean sheet on his international debut. RalfBall. #CROAUT pic.twitter.com/3ZxyY1m57U

— OptaFranz (@OptaFranz) June 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Croatia #Austria #Ralf Rangnick #Liga Negara-Negara