AUSTRIA 1 CROATIA 3

Croatia mengiringi Belanda ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) apabila barisan yang diketuai Luka Modric itu mengatasi Austria di Ernst Happel Stadion, awal pagi tadi.


Modric mempamerkan persembahan jitu ketika bertembung dengan rakannya di peringkat kelab, David Alaba, untuk menang selesa 3-1.

Croatia perlu menang untuk menjamin kedudukan teratas Kumpulan A bagi mengatasi pencabar terdekat, Denmark.

Modric mencetuskan satu prestasi mengagumkan sekali gus menjadi inspirasi dengan membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 tetapi diikat Christoph Baumgartner, tiga minit kemudian.

Selepas itu, Austria terus memberi tekanan kepada pelawat selain kedudukan semasa menyaksikan Denmark sedang mendahului Perancis.



Namun, Croatia yang memperkemaskan permainan mereka kembali mendahului menerusi Marko Livaja dan Dejan Lovren.

Keputusan itu turut mempengaruhi kedudukan Perancis mengelak daripada tergelincir ke Liga B.

Justeru, skuad asuhan Zlatko Dalic itu akan menyertai Belanda, sementara Portugal akan berhitung dengan Sepanyol manakala Hungary pula berjumpa Itali untuk merebut dua slot terakhir, awal pagi esok.