Liga Negara-Negara: Domenico Tedesco anggap Belgium 'masih tersakiti'

Saufi Tahir
September 9, 2024 10:42 MYT
Pengendali Belgium, Domenico Tedesco, beranggapan Belgium masih tersakiti susulan disingkirkan Perancis daripada saingan Euro 2024, Julai lalu.
Belgium tewas tipis 0-1 kepada Perancis dalam pusingan 16 dengan Jan Vertonghen melepaskan jaringan sendiri pada penghujung perlawanan sekali gus menyaksikan mereka tersingkir.
"Di Euro, kami hampir memberikan cabaran kepada Perancis. Kami juga turut berpeluang untuk menang," katanya.
"Perancis pasukan yang lebih baik, mereka berhak untuk menang, tetapi kami juga mempunyai peluang yang sama.

Kevin De Bruyne and Jérémy Doku have combined to gift Belgium the opener ? A partnership for club and country ? pic.twitter.com/UL0Y6U9QPY

— ESPN UK (@ESPNUK) September 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tipu jika saya katakan kami telah melupakan aksi itu. Ia masih menyakitkan dan saya sering memikirkan tentang saingan di EURO, tetapi kami perlu memandang kehadapan." katanya.
Dia juga mengakui bahawa Belgium juga telah bersedia untuk pertemuan menentang perancis dalam Liga Negara-Negara, awal pagi esok.
"Perlawanan terakhir di EURO berbeza daripada perlawanan sekarang, aksi seterusnya adalah aksi kalah mati." tambahnya lagi.
#bola sepak #Belgium #Liga Negara-Negara #Domenico Tedesco
;