Liga Negara-Negara: Deschamps, Mbappe tidak bimbang dengan kedudukan Perancis
Ammar Hakim
June 11, 2022 12:23 MYT
June 11, 2022 12:23 MYT
Didier Deschamps dan Kylian Mbappe kedua-duanya menegaskan mereka tidak bimbang walaupun Perancis jatuh ke tangga terbawah kumpulan Liga Negara-Negara (UEFA Nationsl League) mereka dengan keputusan seri 1-1 di Austria.
Les Blues menyusuli kekalahan mengejut 2-1 di tempat sendiri kepada Denmark dan keputusan seri 1-1 menentang Croatia dengan satu lagi persembahan kurang memberangsangkan di Ernst Happel Stadion awal pagi tadi.
Pemain gantian Mbappe menjaringkan tujuh minit sebelum tamat untuk membatalkan gol pembukaan Andreas Weimann pada separuh masa pertama, tetapi Perancis terpaksa berpuas hati dengan satu lagi keputusan seri dalam perjalanan mereka.
Perancis ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Kumpulan A1 Denmark dengan tiga perlawanan berbaki dan hanya satu tempat di peringkat akhir untuk direbut, manakala Austria dan Croatia berada dua mata lebih baik.
Tetapi di sebalik harapan mereka untuk mengekalkan gelaran yang dimenangi pada Oktober dengan kemenangan menentang Sepanyol kelihatan tipis, Deschamps cuba sedaya upaya untuk kekal optimistik.
"Saya tidak bimbang. Ia bukan keputusan yang kami harapkan, dan kami tidak berada di puncak prestasi atau kecergasan kami, tetapi kami telah memberi masa bermain kepada beberapa pemain muda," katanya kepada TF1.
"Kami mempunyai begitu banyak peluang pada separuh masa kedua. Kami mengawal permainan tetapi tidak cukup cekap."
"Kami akan mengambil mata ini dan berusaha untuk menewaskan Croatia pada hari Isnin. Sungguh memalukan saya terkena palang. Kami kini perlu mengekalkan momentum dari beberapa minit terakhir di sini.
"Saya secara peribadi tidak berada pada tahap 100 peratus [dari segi kecergasan] tetapi jika jurulatih memerlukan saya maka, dengan cuti hampir tiba, saya boleh memaksa diri saya semula."