Liga Negara-Negara: Cristiano Ronaldo ledak gol ke-900 dalam kemenangan Portugal
Ammar Hakim
September 6, 2024 08:34 MYT
September 6, 2024 08:34 MYT
Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-900 sepanjang karier ketika Portugal mengatasi Croatia 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara di Estadio da Luz.
Jaringan Ronaldo pada minit ke-34 cukup memastikan tiga mata buat Portugal, selepas kapten pasukan itu menanduk masuk hantaran silang Nuno Mendes.
Skuad kendalian Roberto Martinez mendahului dalam tempoh tujuh minit menerusi Diogo Dalot, dan pemain berusia 39 tahun Ronaldo memaksa Dominik Livakovic menafikan percubaannya 15 minit kemudian.
Livakovic kemudian kelihatan tidak terdaya untuk menghalang Ronaldo untuk memberikan gol kedua buat Portugal, dan jaringan sendiri Dalot empat minit sebelum tamat separuh masa pertama menjadi gol tunggal buat Croatia.
???? ????????? ??????? ??? E o melhor? A história ainda não acabou… ?️ #PartilhaAPaixão | #CR900 pic.twitter.com/8HHjttwj4D
— Portugal (@selecaoportugal) September 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Portugal, pemenang Liga Negara-Negara edisi 2019, akan kekald i Lisbon untuk menerima kunjungan Scotland pada Ahad manakala Croatia bimbingan Zlatko Dalic akan mencari jalan untuk bangkit berdepan Poland di Osijek.