Perlawanan terakhir Wales sebelum Piala Dunia Qatar berakhir dengan kekalahan 2-1 kepada Belgium dalam aksi Liga Negara-Negara di Brussels.
Kevin De Bruyne dan Michy Batshuayi memberikan dominasi Belgium pada separuh masa pertama dan Wales kelihatan gagal menghadirkan sebarang impak dalam perlawanan.
Bagaimanapun, Kieffer Moore mengurangkan separuh defisit lima minit selepas rehat, dan pasukan kendalian Robert Page mempamerkan prestasi separuh masa kedua yang lebih baik untuk memberi dorongan yang positif dua bulan sebelum Piala Dunia Qatar.
De Bruyne pernah berkata sebelum perlawanan dia bosan bermain dengan Wales, tetapi pemain tengah Manchester City itu tidak menunjukkannya kerana dia mempamerkan aksi cemerlang.
Wales bermula dengan penuh keyakinan tetapi ketinggalan selepas 10 minit apabila hantaran lintang Batshuayi menemui De Bruyne sambil dia dengan santai melepasi Wayne Hennessey.
De Bruyne tidak lama kemudian merencana gol kedua Belgium selepas 37 minit, melakukan hantaran kepada Batshuayi sebelum penyerang itu menggandakan jaringan.
Wales bagaimanapun berusaha untuk bangkit dalam separuh masa kedua, gerakan Brennan Johnson melancarkan serangan berjaya mengejutkan Belgium, hantaran silangnya berjaya disambar Moore untuk mengurangkan defisit jaringan.
Gareth Bale dibawa masuk vsejurus selepas tanda sejam dan hampir menyamakan kedudukan, selepas hantaran silang Daniel James berjaya ditepis pemain lawan.
Belgium telah diberikan penalti kerana De Bruyne dikasari pemain lawan namun VAR menunjukkan bahawa Joe Morrell telah melakukan sentuhan dengan bola dan keputusan itu dibatalkan.
Wales akan menuju ke perlawanan terakhir Liga Negara-Negara mereka di laman sendiri menentang Poland.
Ammar Hakim
Fri Sep 23 2022
EPL: De Bruyne pemain terbaik dalam sejarah Manchester City
Ketua Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, memuji Kevin De Bruyne sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah Manchester City selepas pemain Belgium itu menjaringkan dua jaringan gol dalam kemenangan 4-2 mereka ketika bertemu Crystal Palace.
Guardiola cabar Cole Palmer tampung ketiadaan Kevin De Bruyne
Pep Guardiola tidak meragui kualiti yang dimiliki Cole Palmer tatkala dia sedang mencari jalan untuk menampung ketiadaan Kevin De Bruyne yang perlu diketepikan ehingga lima bulan akibat kecederaan hamstring.
EPL: Manchester City hilang khidmat Kevin De Bruyne tiga hingga empat bulan -- Guardiola
Pep Guardiola mengesahkan bahawa Kevin De Bruyne perlu berehat selama beberapa bulan selepas mengalami kecederaan paha dengan Manchester City kini perlu membuat keputusan sama ada pemain itu akan menjalani pembedahan atau tidak.
Kevin De Bruyne terlepas aksi Piala Super UEFA
Pemain tengah, Kevin De Bruyne, terlepas rombongan perjalanan Manchester City sempena pertembungan Piala Super UEFA menentang Seville akibat kecederaan hamstring.
Memenangi UCL adalah impian Man City -- Kevin De Bruyne
Pep Guardiola dan Kevin De Bruyne mengakui memenangi Liga Juara-Juara (UCL) adalah impian dan ketaksuban Manchester City.
UCL: Kevin De Bruyne hormati keampuhan Inter Milan
Kevin De Bruyne menegaskan Manchester City bahawa tidak akan mudah berpuas hati ketika bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Inter Milan, awal pagi Ahad ini.
Kevin De Bruyne kagumi bantuan jaringan bintang muda Kelantan FC
Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne, kagum dengan bantuan jaringan pemain Kelantan FC, Ikhwan Yazek ketika membantu pasukan mengikat KL City 2-2 dalam aksi Liga Super 17 Mac lalu.
EPL: Guardiola puji ikatan istimewa Haaland-De Bruyne
Pep Guardiola memuji ikatan istimewa yang dimiliki Erling Haaland dan Kevin de Bruyne selepas kedua-dua pemain itu kini menghasilkan lapan kombinasi jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
EPL: De Bruyne cipta sejarah jadi pemain kelima cecah 100 bantuan gol
Kevin De Bruyne mencipta sejarah selaku pemain kelima mencecah 100 bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika dia membantu gol pembukaan Manchester City sewaktu menewaskan Southampton 4-1 di Stadium St. Mary awal pagi tadi.
Ketiadaan Haaland mampu di atasi Man City, kata De Bruyne
Kemenangan 4-1 Manchester City ke atas Liverpool pada Sabtu menunjukkan mereka mampu mengatasi tanpa Erling Haaland, kata Kevin De Bruyne.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.