Liga Kejuaraan: Leeds United kini milik 49ers Enterprises

Muzaffar Musa
July 18, 2023 12:13 MYT
Leeds United mengumumkan bahawa Liga Bolasepak England (EFL) telah meluluskan pengambilalihan kelab itu oleh pelabur dari Amerika Syarikat (AS), Kumpulan 49ers Enterprises.
Pengerusi dan pemilik saham terbesar, Andrea Radrizzani, bersetuju untuk menjual bahagiannya minggu lalu dan kesepakatan itu, yang meletakkan nilai kelab berkenaan sekitar £170 juta (sekitar RM1 bilion) kini telah diluluskan.
49ers Enterprises, yang juga merupakan pemilik francais NFL, San Francisco 49ers, sentiasa meningkatkan saham mereka dalam Leeds sejak menjadi pemilik minoriti pada 2018 dan perkembangan terbaru itu turut menyaksikan mereka kini memiliki pemilikan penuh terhadap Elland Road.
Paraag Marathe, yang sebelum ini merupakan naib pengerusi, akan bertindak sebagai pengurus baru sambil ketua eksekutif, Angus Kinnear, akan mengekalkan tanggungjawabnya dan Rudi Cline-Thomas, yang merupakan pengasas dan rakan urusan firma kewangan MASTRY, akan menyertai lembaga pemilik bersama sebagai naib pengerusi.
Bekas pengurus Norwich City, Daniel Farke, dilantik sebagai pengurus baru kelab itu dengan kontrak empat tahun awal bulan ini, dalam usaha mereka untuk kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

? #LUFC can announce that the EFL has approved the sale of the Club to 49ers Enterprises, paving the way for the immediate transition of ownership

— Leeds United (@LUFC) July 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Leeds United #Liga Perdana Inggeris #Liga Kejuaraan
;