Liga Kejuaraan: Bournemouth kembali ke EPL selepas tewaskan Forest
Muzaffar Musa
May 4, 2022 10:37 MYT
May 4, 2022 10:37 MYT
AFC BOURNEMOUTH 1 NOTTINGHAM FOREST 0
Bournemouth akan kembali dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Nottingham Forest di Stadium Vitality awal pagi tadi.
Dalam aksi terpenting Liga Kejuaraan itu, Forest berpeluang untuk memintas Bournemouth di tangga kedua seandainya memenangi perlawanan pada minggu terakhir kempen itu.
Bagaimanapun, Bournemouth, yang turun beraksi dengan kelebihan tiga mata di depan pasukan di tangga ketiga, Forest, mencuri kemenangan pada lewat permainan.
Philip Billing melakukan hantaran pendek ke dalam kotak penalti menerusi sepakan percumanya pada minit ke-83 dan keputusannya untuk tidak melakukan percubaan terus mengakibatkan pertahanan Forest hilang fokus.
Kieffer Moore merupakan penerima hantaran itu dan dia mengawal bola dengan baik sebelum melepaskan rembatan ke penjuru kanan bawah gawang Forest untuk mengesahkan kelayakan Bournemouth ke EPL.
Sebagai rekod, The Cherries tersingkir daripada EPL musim 2019-20 dan gagal untuk kembali ke liga divisyen utama itu musim lalu apabila tewas 2-3 kepada Brentford dalam separuh akhir playoff.
*literally* UP THE CHERRIES ? pic.twitter.com/yugXnVyLcv
— AFC Bournemouth ? (@afcbournemouth) May 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut akan kembali ke EPL musim depan adalah juara Liga Kejuaraan, Fulham.
Forest pula perlu melalui aksi playoff bersama Huddersfield Town dan dua daripada tiga pasukan, iaitu Sheffield United, Luton Town dan Middlesbrough, akan turut menyertai mereka dalam saingan itu.