Liga Juara-Juara: Vinicius Junior pamer perkembangan luar biasa -- Ancelotti

Ammar Hakim
May 1, 2024 12:03 MYT
Carlo Ancelotti percaya mutu permainan Vinicius Junior semakin berkembang hari demi hari, selepas penyerang Real Madrid itu beraksi semula dalam Liga Juara-Juara.
Vinicius menjaringkan dua gol ketika Madrid seri 2-2 dengan Bayern Munich pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Jaringan itu membawa Vinicius kepada 31 penglibatan gol (16 gol, 15 bantuan) dalam Liga Juara-Juara sejak permulaan kempen 2021-22, yang lebih banyak daripada pemain lain dalam pertandingan dalam tempoh masa yang sama.
Gol pembukaan Vinicius datang apabila dia berjaya mencari ruang ketika menerima umpanan Toni Kroos, dan Ancelotti menunjukkan bagaimana pemain antarabangsa Brazil itu mula mengubah cara dia menyerang.
Bercakap kepada TNT Sports, Ancelotti berkata, "Vinicius mula memahami betapa pentingnya baginya untuk bergerak di atas padang dan bukan sahaja kekal di bahagian sayap.
"Dia belajar dengan sangat baik bagaimana untuk bergerak. Ia adalah hantaran hebat daripada Kroos tetapi larian hebat daripada Vinicius."

? @MrAncelotti is @RealMadriden's second most-capped coach in the European Cup!#RealFootball pic.twitter.com/L2LNjquIou

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) April 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengimbas prestasi pasukannya, Ancelotti berkata, "Ia adalah perlawanan yang menarik, perlawanan yang terbaik, ini adalah gaya permainan dalam separuh akhir.
“Kami ketinggalan, kemudian mula memberi tekanan pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan."
#bola sepak #Real Madrid #Carlo Ancelotti #Liga Juara-Juara #Vinicius Junior