Liga Juara-Juara: Vincent Kompany impikan Bayern beraksi final di Allianz Arena

Ammar Hakim
September 16, 2024 06:38 MYT
Vincent Kompany mengimpikan untuk memimpin Bayern Munich ke final Liga Juara-Juara di Allianz Arena menjelang pertemuan aksi pembukaan dengan Dinamo Zagreb.
Kompany, yang menggantikan Thomas Tuchel selaku ketua jurulatih Bayern pada Mei, membuat permulaan cemerlang bersama juara Bundesliga 33 kali itu.
Hatrik Harry Kane membantu Bayern mengekalkan rekod cemerlang selepas membenam pendatang baharu liga, Holstein Kiel 6-1 pada Sabtu untuk kekal berkelebihan dua mata di puncak liga.
Tumpuan mereka kini beralih ke saingan Liga Juara-Juara, kejohanan di mana mereka melangkah ke separuh akhir edisi lalu, tewas kepada juara Real Madrid.
Ia merupakan pencapaian terbaik mereka sejak menjulang gelaran keenam pada musim 2019-20.
Dengan peluang untuk beraksi di final Mei akan datang, Kompany mahu memastikan pasukannya bermula dengan langkah kanan.
"Impian kami adalah beraksi di perlawanan akhir tahun depan di Munich. Peminat kami boleh mula bermimpi," kata Kompany.
“Perkara utama bagi saya ialah kami menunjukkan kemampuan kami di atas padang esok.
“Kami mempunyai perlawanan yang sukar, dan adalah penting untuk bermain dengan baik dan menang.
"Kami berharap peminat boleh bermimpi untuk jangka masa yang panjang. Kami memerlukan tumpuan sepenuhnya dari minit pertama hingga akhir."
Bayern sebelum ini mara ke final Liga Juara-Juara di stadium mereka sendiri pada musim 2011-12 tetapi tewas menerusi sepakan penalti kepada Chelsea bimbingan Roberto Di Matteo.

⚽ ????? ??????? vor unserem ersten #UCL-Spiel der Saison! Wie aufgeregt seid ihr? ? #FCBDIN ? https://t.co/FFN29Mxukj#MiaSanMia #FCBayern pic.twitter.com/KdwjtMKZEL

— FC Bayern München (@FCBayern) September 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Vincent Kompany #Bayern Munich #UCL #Liga Juara-Juara