Liga Juara-Juara: Villa rancang dedikasi kemenangan buat mendiang Gary Shaw

Ammar Hakim
September 17, 2024 08:53 MYT
Unai Emery berkata Aston Villa merancang untuk mendedikasikan kemenangan kepada Gary Shaw jika mereka mengatasi Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara selepas pemenang Piala Eropah 1982 itu meninggal dunia pada usia 63 semalam.
Shaw jatuh sakit bulan ini selepas dimasukkan ke hospital akibat kecederaan kepala.
Shaw adalah sebahagian daripada pasukan Villa yang memenangi Divisyen Pertama pada 1981 dan kemudian Piala Eropah dan Piala Super Eropah. Dia dianggap sebagai salah seorang penyerang terhebat Villa dan merupakan satu-satunya pemain tempatan dalam pasukan yang menewaskan Bayern Munich di Rotterdam pada tahun 1982.
Awal pagi esok, Villa kembali ke pertandingan kelab paling berprestij bola sepak Eropah 41 tahun selepas kali terakhir mereka bermain di atas pentas pada suku akhir Piala Eropah 1982-83 menentang Juventus.
Emery, ditanyakan sama ada Villa ingin mendedikasikan kemenangan kepada Shaw jika mereka muncul sebagai pemenang di Bern, menjawab, “Ya, ya, saya rasa ia menyedihkan dan kami boleh menggunakannya sebagai satu lagi motivasi.
“Takziah kepada keluarga dan semua penyokong di Aston Villa. Kami sentiasa mempunyai ingatan: di padang latihan kami, kami mempunyai gambar 1982 dan [pasukan] Piala Eropah. Dia adalah salah seorang wira pasukan."

Dennis Mortimer: "His absence when we come together for the Bayern Munich game in the Champions League in a couple of weeks will leave a big void. It’s going to be a sad day without him."

— Aston Villa (@AVFCOfficial) September 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Unai Emery #Aston Villa #Liga Juara-Juara #Gary Shaw