Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal

Ammar Hakim
April 30, 2024 06:32 MYT
Bintang Real Madrid, Vinicius Junior, menjaringkan dua gol, termasuk sepakan penalti pada minit ke-82 bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara penuh dramatik sebentar tadi.
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu menjaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas menerima hantaran Toni Kroos di Allianz Arena.
Bayern pula menjaringkan dua gol pantas dalam separuh masa kedua, dengan Leroy Sane menyamakan kedudukan pada minit ke-53 sebelum Harry Kane menyempurnakan penalti.
Bagaimanapun, Real turut diberikan sepakan penalti selepas Rodrygo dijatuhkan sebelum Vinicius tenang menyamakan kedudukan, menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat menjelang aksi timbal balik minggu hadapan.

Bayern Munich 2-2 Real Madrid Four goals are shared by Bayern and Real in this semi-final first leg, setting up a fantastic second leg in Madrid.#FCBRMA pic.twitter.com/MSnFqHph5P

— Opta Analyst (@OptaAnalyst) April 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Bayern Munich #Liga Juara-Juara #Vinicius Junior
;